Cara Paling Mudah Nak Atasi Cirit-Birit, Guna Kulit Delima Jer, Petua ‘Mat Salleh’ Wanita Ini Selalu Amalkan, Boleh Cuba!

Share
Buah delima terkenal dengan pelbagai khasiatnya yang memberikan kebaikkan kepada kesihatan tubuh badan.
Lantaran itu, ramai yang mengamalkan buah ini sebagai makanan dalam sajian setiap hari.
Namun, ia juga boleh dijadikan sebagai petua untuk membantu mengatasi masalah cirit-birit. Sebagaimana perkongsian wanita menerusi facebooknya.
________________
Hari ni Aisyah nak share petua cirit birit. Petua cirit birit ni memang akan keluar bila Aisyah cirit birit jek.
Aisyah memang suka sangat petua cirit birit ni sebab dia bukan setakat boleh kurangkan cirit birit, tapi boleh cantikkan kulit juga.
Petua ni memang omputih selalu guna untuk cirit birit dan kesan dia memang proven.
Siapa follow Aisyah dah bertahun mesti pernah nampak Aisyah cerita pasal teh kulit delima.
Petua Kecantikan juga
Kulit delima ni bukan setakat bagus untuk cirit birit. Untuk kulit pun bagus tau.
Bayangkan, kulit delima tu 2x antioxidant dari isi dia yang merah tu.
Jadi bila korang rajin minum, kedut kedut memang segan nak datang, pastu kulit cantik jek. Merah merah pink gitu. Tapi tu kalau korang rajin minum la.
Selain tu dia ada juga khasiat lain. Aisyah list kan kat bawah ni okey.
Khasiat kulit delima
– kaya dengan vitamin C
– bagus untuk usus dan cirit birit
– detox badan
– kurangkan kedut muka
– lambatkan proses penuaan
– sakit tekak
– batuk
– lembabkan kulit
– mencegah kanser
– buasir
– cacing
– turunkan kolestrol
– menguatkan jantung
– antibakteria
– radang sendi / kuatkan tulang
Cara buat dia pun senang jek. Korang rebus atau rendam kulit delima dengan air panas mendidih.
Bila suam boleh minum. Nak sedap campur dengan madu sikit. Kulit delima tu amik sikit jek.
* Aisyah guna kulit delima kering
Kulit delima kering ni best sebab kita boleh minum dia bebila masa. Bukan musim delima pun boleh minum.
So, lepas ni kalau korang makan delima kulit tu jangan buang. Tapi boleh keringkan buat teh kulit delima.