Melihat pokok bunga yang ditanam di tanah tinggi, bunga-bungaan berkembang segar dan cantik sekali.
Teringin juga dibawa balik untuk ditanam, pun begitu ramai juga mengatakan pokok tersebut akan mati jika di tanam di kawasan panas. Betulkah?
Di sini Puan Tg Noorhidayati berkongsi info berkenaan penanaman Ros untuk manfaat bersama.
Dips berkebun: Bunga Ros dan kaedah penjagaannya.
Sebelum beli : Pastikan bunga ros itu adalah ros kampung ataupun ros tanah tinggi.
Ros kampung senang dijaga dan tahan dengan cuaca kita.
Ros tanah tinggi sedikit sensitif dan perlu ditrain untuk hidup dan fleksibel dengan cuaca kita.
Ads
Medium tanah semaian tanah kompos atau yang tidak menyerap air. Akar pokok ros cepat memburuk jika berlebihan air.
Siram pokok di awal pagi dan awal petang. Siram tengah hari.waterblast untuk kurangkan thrips. Siram lewat petang boleh menyebabkan bintik-bintik hitam timbul di permukaan daun.
Sentiasa trim pokok untuk menggalakkan pucuk baru keluar dan menggalakkan bunga keluar.
Buang daun-daun yang rosak atau buruk. Jika batang ros memburuk, potong batang yang buruk sehingga ke bahagian dahan yang masih hijau untuk mengelakkan penyakit pokok dari merebak ke batang yang masih elok.
Potong tangkai bunga di bahagian pangkal untuk mengelakkan kekurangan nutrien pokok. Tangkai bunga yang buruk perlu sentiasa dicantas awal untuk menggalakkan pucuk baru cepat keluar.
Pembajaan yang teratur seminggu sekali. Boleh selang selikan dengan booster flowers yang berbiji merah dengan baja kulit udang dan baja kopi.
Ads
Ros tanah tinggi.
1. Tukarkan pot dan tanah yang lebih baik. Pasu yang besar dan tanah sekam poros.
2. Letak pokok ros ditempat teduh dalam tempoh seminggu dua.
3. Dedahkan pokok dengan cahaya matahari pagi selama 4-5 jam sehari. Elakkan tempat yang terlalu panas dan terdedah matahari yang terik.
Ads
4. Trim pokok dan buang daun-daun yang mula menguning. Itu normal kerana pokok sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru, dengan itu pucuk baru akan keluar dan pokok akan cepat berputik baru. Letakkan secubit baja tapi mestilah jauh dari pangkal kerana baja kimia bersifat panas dan boleh memudaratkan pokok bila terlebih atau diletak di pangkal pokok.
5. Ketika trim pokok jangan buang kesemua daun. Tinggalkan sedikit daun yang masih elok di pokok untuk menggalakkan proses fotosintesis terus berlaku dan menggalakkan pokok terus hidup, dan mengelakkan pokok cepat rosak dan mati.
Cara tanam melalui keratan batang
1. Pilih ranting pokok yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Potong menyerong.
2. Potong di awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan batang kekurangan air. Basuh ranting yang dipotong untuk membuang tanah dan kekotoran yang melekat.
3. Rendam keratan ranting di dalam air bebas klorin selama 5-6 jam untuk memastikan batang terus segar dan menerima bekalan air secukupnya. Sewaktu rendam pastikan daun di pangkal ranting dibuang untuk mengelakkan penyakit dan kulat di bahagian rendaman batang tersebut.
4. Alihkan ke tanah pada lewat petang. Pastikan pasu dan tanah berada pada tempat teduh dan sedikit lembap. Siram seperti biasa. Pastikan pokok menerima cahaya matahari secukupnya setiap hari.
Sedikit tips penjagaan pokok bunga ros dari saya mengikut pengetahuan dan cara yang saya amalkan. Jika ada kekurangan harap dapat dimaafkan. Saya pun masih belajar. Selamat berusaha.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).Perkongsian ini di muat naik oleh CNN Indonesia berkongsi tentang peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu dikatakan menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.
Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.
Di dalam video berkenaan, kelihatan pemuda itu menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Berkat usaha gigih dan bijak menyimpan inilah hasilnya. Sangat berinspirasi cara pemuda ini.
Sayur yang disimpan lama dalam peti sejuk memang akan mudah layu dan tidak lagi segar sebelum sempat di masak. Bagi mengelakkan pembaziran dan kurang khasiatnya, apa kata anda cuba petua dan tip yang dikongsikan ini.
Menurut perkongsian di Baja Ezigrow Pekan Nanas, sayur yang direndam dengan garam diikuti beberapa langkah-langkahnya akan mampu bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk. Menarikkan? Jadi, jom kita cuba. Elakkan pembaziran!
CARA MENYIMPAN SAYURAN TAHAN LAMA
Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.
1. Rendam Sayur
Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.
2. Tambah Garam
Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.
3. Toskan
Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.
4. Simpan Dalam Bekas
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.
5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu!
Ini stok sayuran yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!
Selamat mencuba
Sumber: Baja Ezigrow Pekan Nanas
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cinta tanpa syarat, itu yang boleh diungkapkan dengan pasangan pengantin baru ini. Saat mereka berdebar menghitung hari menaiki jenjang pelamin, si suami diduga apabila diserang stok.
Bukan sekali, sebaliknya tiga kali. Sehinggakan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sewaktu menuju ke pelaminan. Namun, apa yang membuatkan tetamu mengalirkan air mata sebak adalah tatkala melihat si isteri tenang menolak kerusi roda yang diduduki suami sambil melemparkan senyuman buat tetamu.
Biarpun di bibir menguntum senyuman, namun dihati tak siap yang tahu. Majlis yang dirancang menjadi sebaliknya, namun pasangan ini tetap gembira dan bahagia disatukan di atas pelamin yang cukup indah. Bukti kasih sayang dan cinta melengkapi kedua-duanya.
Kisah pasangan pengantin ini dikongsikan oleh pelakon cantik manis, Fasha Sandha di ruangan instagramnya.
Dia yang hadir dalam majlis perkahwinan itu turut memberitahu, pengantin lelaki merupakan sahabat kepada suaminya, Aidil Aziz.
Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni.
Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 diserang stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.
Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh. Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya. Tahniah Alif & Yin #kisahsemalam
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.