Cara Ni Kalau Buat, Makin Banyak Tunas Pokok & Limau Purut Berbuah Lebat!

Share

Bercucuk tanam pun perlu ada ilmunya, barulah tamaman yang di tanam walau sekdar suka-suka dapat hidup dengan sihat, merimbun dan berbuah lebat.

Contohnya dalam menanam pokok limau purut ini. Ada banyak ilmu yang boleh ‘digali’ melalui pembacaan dari perkongsian Pyan Sempoy dan Mohd Amri.  Nak tahu detail, ini  perkongsiannya.


Tips untuk menumbuhkan banyak tunas & cabang baru pokok limau..apa2 jenis limau dan pokok yang lain pon boleh ikut cara ni..

Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana..pastu buang daun kat hujung-hujung bekas potong tu..

Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya..lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti..

Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja..

Tak percaya?? boleh try sendiri..3 gambar ni sebagai bukti.

Manakala meninjau perkongsian Mohd Amri turut dijelaskan keistimewaan pokok limau purut yang nyata banyak manfaatnya dan turut berkongsi cara menanamnya.

Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”.

Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.

1. Daun Limau Purut:

Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.

Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.

Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.

2. Buah Limau Purut:

Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.

Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.

Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.

Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.

Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.

Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa. Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.

Kaedah Penanaman:

Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.

Pembajaan saya menggunakan baja TPF. Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.

Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.

Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.

“Ada manfaat, ada kebaikan, kita sebarkan”.