Mendengar ada kaum keluarga dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci, dengan sedirinya kita tumpang berasa gembira.
Apatah lagi jika diri sendiri dapat ke sana, bertambah gembira dan bersyukur rasanya. Untuk itu, ketahui perkongsian ini.
CARA NAK ALLAH JEMPUT TUNAI HAJI
Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak.
Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!
Ads
Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin ke sana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha ke sana
Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, ‘jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah’.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.
Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.
Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek?
Ads
Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..
Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi
Ads
KERANA APA?
Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya
Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa
Secara ringkasnya,Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti
Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ?
Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.
Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.
Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…
{ Firman Allah S.W.T : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ” }
Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.
Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.
Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.
Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.
Biskut oreo menjadi antara biskut yang digemari ramai. Sama ada enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan menu lain seperti aiskrim, kek, minuman malah jika dijadikan puding juga terbukti hidangan tersebut menepati selera.
Jika tidak masakan Puan Zaliana ini memilih untuk menyediakan menu Puding Milo Oreo untuk mengambil hati bakal ibu mertuanya ketika itu yang mengadakan jamuan rumah terbuka.
Pasti ada istimewanya resipi puding ini disukai ramai. Jom semak langkah membuatnya.
Alhamdulillah siap puding milo oreo untuk marhaban rumah mak malam ni.Teringat time baru tunang,masa tu mak buat open house kita pulak buat kan 4 loyang puding ni huhuhu #kenangan nak ambil hati bakal mak mertua… hahaha
Agar Agar Milo Oreo.
(Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu) ini pon ada lebihan sis tuang dalam loyang kecil.
Agar agar – 5pkt
Susu Cair – 1Tin
Susu Pekat – 1Tin
Gula – (ikut selera nak manis mcm mana)
Milo – (ikut selera nak pekat pon lagi syokk)
Biskut Oreo (di patah kan)- 2pkt
Air
Masukkan 3.5liter air dan letak kan 3 peket agar agar masak sampai mendidih,bila agar agar dah hancur masukkan 1tin susu pekat,milo dan gula sikit. Kacau sampai sebati dan ketepi kan.
Untuk lapisan tengah
Masukkan 1tin susu cair dan air sukatan 1tin letakkan agar agar 2 peket..masak sampai mendidih kemudian letak kan sikit gula kacau sampai sebati.
Layerkan
Bila dah suam agar agar nya buat lapisan
Letak kan agar agar milo dulu,bila dah agak mengeras lapis kan yang susu dan terus letakkan biskut oreo yang dah dipatah-patah kan bila dah agak mengeras masukkan lapisan agar agar milo pula…
(Untuk lapisan jangan tunggu agar agar dah sampai betul-betul mengeras,rasa terlebih dahulu bila dah sesuai baru buat lapisan & Jangan baru letak yang milo terus letak susu nanti tak jadi lapisan nye)
SIAP.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat situasi kes pandemik yang melanda negara kian menurun, rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira. Sementelah banyak aktiviti yang dapat dijalankan seperti biasa.
Antaranya termasuklah sesi persekolahaan Yang dibuka mengikut fasa tertentu yang ditetapkan kerajaan. Pelbagai pandangan masyarakat tentang isu ini, Ada yang gembira tak kurang yang bimbang dengan keselamatan anak-anak.
Berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan di instagram miliknya, Yatt Hamzah mengakui gembira melihat anak kecilnya, Iqlima yang sudah pun memulakan sesi persekolahan seperti biasa.
Meskipun ada rasa bimbang, namun akuinya, itu adalah pilihan terbaik dibandingkan dengan membawa anak-anak Keluar ke tempat lain.
“Kesian Iqlima, rindu sekolah, rindu kawan-kawan dan guru-gurunya sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dia mengadu mimpi pergi sekolah jumpa kawan-kawan masa awal bulan lepas September.
“Menitis air mata Bondanya masa tu juga lantas berdoa agar sekolah cepat dibuka. Dan Alhamdulillah doa dimakbulkan. Hari ini dia sudah boleh ke sekolah,” kongsi Yatt bercerita.
Lebih baik dari bawa ke tempat lain
Bagi Yatt dia berserah segalanya kepada Allah untuk melindungi anaknya sepanjang di sekolah dan keputusan menghantar anak ke sekolah itu pastinya lebih baik dari membawa anak ke tempat-tempat lain yang tidak mematuhi SOP
“Namun ramai pula tanya tak takut ke anak dah ke sekolah dengan kes Covid19 masih tinggi? Tak risau ke anak-anak kena jangkitan nanti?
“Jawapan Bonda, lebih takut dan risau bawa anak-anak ke shopping mall, tempat-tempat peranginan untuk bercuti dan makan di restoran. Di tempat-tempat ni masih sangat ramai yang tak jaga SOP maka kebarangkalian untuk dijangkiti sangat tinggi berbanding di sekolah anak-anak saya,” katanya menerusi kapsyen.
Dia dalam pada itu memuji pihak sekolah anaknya yang amat menitik beratkan disiplin selain mengikut SOP dengan ketat.
“Alhamdulillah sekolah Tahfiz As Sofa sangat menitik beratkan dispilin dan menjaga SOP dengan ketat. So Bonda tak risau in shaa Allah all my daughters are in good hands.
“Terima kasih guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk Hari Pertama yang menceriakan bagi anak-anak kami.
“Semoga anak-anak akan dapat terus ke sekolah tanpa halangan yang memudaratkan mereka lagi. Semoga anak-anak ini dididik dengan baik di sekolah agar menjadi anak-anak yang Soleh Solehah, Musleh dan Alim. Ameen YA Rabb,” ujar Yatt lagi.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...