Setelah seharian di tempat kerja ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja saat pulang ke rumah merupakan perkara yang dinantikan oleh suami. Rasa lelah suami itu pasti terlerai apabila isteri menyambut kepulangannya dengan penuh kasih sayang.
Bagi suri rumah tangga ataupun isteri yang sering pulang awal berbanding suaminya boleh mengamalkan tujuh cara ini. Selain meleburkan kepenatan dan suami inginkan penghargaan atas usaha kerasnya di tempat kerja, tip ini juga boleh membuatkan suami rasa teruja untuk pulang awal bertemu orang yang dicintainya.
Apatah lagi cara-cara yang dinyatakan ini bukanlah sesukar mana untuk anda lakukan. Jika dimulakan dari awal rumah tangga, pasti ia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri anda dan suami.
1. Tunjukkan rasa simpati kepada suami
Saat kepulangan suami, tunjukkan rasa simpati isteri dengan kepenatan yang suami rasai setelah seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, anda juga harus memahami pelbagai kemungkinan yang suami alami di tempat kerja misalnya dimarahi ketua, dibebani dengan pelbagai tugasan, bertengkar dengan rakan sekerja dan sebagainya.
Jika anda memahami tanggungjawab suami dalam mencari sumber rezeki untuk keluarganya, pasti anda akan lebih menghargai kepulangan suami dan tahu saat suami sedang bersedih, marah atau gembira.
Ads
2. Menyediakan keperluan suami
Setiap suami tentu sahaja inginkan istirahat yang cukup sekembalinya dari tempat kerja. Sebagai isteri, anda tentu sahaja tahu apa yang diperlukan oleh suami kerana setiap orang berbeza-beza.
Ada suami yang inginkan secawan kopi atau teh panas sekembalinya dari kerja, tak kurang juga cukup dengan segelas air kosong sebagai pembasah tekak dan penyejuk hati. Jika perlu, anda juga boleh mengurut suami untuk meregangkan otot-ototnya.
3. Menjaga penampilan dan pakaian
Perkara ini memang kurang diperhatikan oleh isteri. Percayalah dengan menunjukkan penampilan yang menarik boleh mengubah mood suami menjadi lebih bersemangat semula.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk bersolek mampan tetapi berusahalah untuk tampil menarik dengan memakai pakaian yang kemas dan badan tidak berbau sekembalinya suami dari tempat kerja. Pastikan juga rambut anda diikat rapi dan jangan dibiarkan berserabai seperti hantu Mak Limah.
Namun bagi yang tidak bekerja ambil kesempatan anda berada di rumah dengan menyiapkan diri anda sebaiknya. Berhiaslah untuk menyambut kepulangan suami tercinta tanpa berlebih-lebihan.
Ads
4. Senyum
Berikan senyuman manis saat menyambut kepulangan suami kerana senyuman adalah senjata yang paling berkesan untuk membuatkan hati suami ceria. Sebanyak mana pun masalah suami di tempat kerja, rasa beban itu akan segera hilang apabila melihat senyuman manis orang yang dicintainya.
Walaupun isteri berdepan dengan masalah, usahakanlah untuk tidak menunjukkan wajah yang murung atau masam apabila suami balik dari kerja kerana ia akan menambahkan lagi bebanan suami yang dalam kepenatan.
5. Tunjukkan kasih sayang
Betapa bahagianya suami ketika pulang ke rumah apabila isteri menyambut suami dengan sebuah pelukan hangat dan ciuman yang penuh kasih sayang. Pelukan ini akan meringankan bebanan suami selain mengeratkan lagi kasih sayang antara anda berdua.
Ads
6. Keadaan rumah
Selain penampilan isteri, suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi juga boleh mententeramkan jiwa suami apabila pulang dari kerja. Oleh itu usahakan untuk anda mengemas rumah sebelum suami pulang ke rumah.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
7. Jaga hati dan perasaan suami
Sekembalinya suami dari kerja jangan sesekali isteri membebani suami dengan masalah. Berikan suami berehat seketika bagi melepaskan lelahnya. Jangan lontarkan pertanyaan demi pertanyaan ataupun masalah kepada suami yang dapat memancing berlakunya pertengkaran. Jika ada masalah yang anda ingin ceritakan kepada suami, pastikan suami sudah berada dalam keadaan yang tenang dan cukup rehat.
Sumber: pamapedia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat rakan-rakan dan saudara mara sudahpun menimang cahaya mata, hati mana tidak sebak mengenangkan diri masih belum dikurniakan rezeki memiliki zuriat.
Lebih memilukan apabila sudah disahkan mengandung tetapi anak yang dikandung itu meninggal dunia.
Bagi yang pernah keguguran, pasti anda dapat menyelami perasaan tersebut kan? Bagaimana harapan dan kegembiraan setinggi gunung tiba-tiba musnah dalam sekelip mata.
Baru-baru ini seorang wanita telah memuatnaik video mengenai kakaknya yang sedang berada di hospital untuk melahirkan anak ke-8.
Apa yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok @da_shu123 ini, adalah mengenai kecekalan kakaknya yang sebelum ini telah mengandung serta melahirkan sebanyak 7 kali namun kesemua mereka hanyalah dipinjamkan sementara olehNya dan menjadi ‘anak syurga’ bagi pasangan ini.
Mungkin ada dikalangan wanita yang pernah keguguran, mereka akan mengalami depresi dan trauma namun bagi kakak kepada pengguna Tiktok yang bernama Azimah ini, dia tidak pernah sesekali mengalah dan berusaha untuk memiliki zuriat.
Menjelang detik kelahiran bayi perempuannya itu, Azimah terpaksa ditidurkan kerana mengalami komplikasi uri melekat dan terpaksa dimasukkan 2 beg darah. Berkat kesabarannya dan suami, Azimat selamat melahirkan bayi perempuan walaupun usia kandungan itu baru mencecah 30 minggu.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Azimah di samping melahirkan rasa kagum atas kecekalan wanita ini dalam mengharungi dugaan memiliki zuriat.
MamaHadif allahuakbar..kuat nya akak…saya yg ade dua org anak syurga pun rasa hilang semangat,tp bila pikir itu la penyelamat kita di akhirat nanti,sy redha..
Nor Shuhada M Jafri Kuatnya seorang wanita dan juga yang telah bergelar ibu… Semoga yg ke 8 kuat dan sihat seperti ibunya. 💛
antyhaida Sampai kn salam pd Kakak..cemburu dgn ketabahan dn kekuatannya. cemburu juga Ada anak2 yg sudah menunggu di pintu syurga
nurul99 SubahanaAllah MasyaAllah ada 7ank syurga.n akhirnya dpt ank didunia. subahanaAllah sgt kuat.mudahan Sy pun kuat&sabar ttc9y
Hidayah MD radzi saya dah gugur sorg pon dah sedih sngt asik teringat.ni kan lagi 7..kuatnya semangat dia..
SofiHaya Allah kak…7org…sya yg 3org ank tggu kat syurga pun dah mental..suami bw berubat merata sb sya xkuat..kak doakn sya kuat n da rezeki mcm kak jgk taw..
Benar kata perpatah, guru ini bagaikan lilin yang membakar diri. Sanggup bersusah untuk memberikan yang terbaik buat anak didiknya.
Lantaran menyedari sekolah ditutup sejak tahun lepas sehinggalah Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pembukaan kembali sesi persekolah bermula 1 Mac lalu, pihak sekolah diseluruh negera telah melakukan pelbagai persiapan.
Begitu juga dengan sebuah sekolah di pendalaman Sarawak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit. Selain persiapan pembelajaran dan persekitaran sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM, Seramai 31 murid turut dikejutkan dengan kehadiran watak yang disukai ramai iaitu Spiderman di sekolah berkenaan. Cara yang unik dan inspirasi!
Individu yang dibawakan oleh Spiderman bukan calang-calang, ia dibawakan oleh seorang pendidikan, Ustaz Muhamad Tarmizi Awang@ Yacoob, 35, yang merupakan seorang guru pendidikan Islam sekolah berkenaan.
Menurut pendidik yang berasal dari Kuala Krai Kelantan ini yang dua tahun mengajar di sekolah berkenaan.
Ketika dihubungi Keluarga, beliau menjelaskan bahawa idea kreatif adalah hasil daripada beliau sendiri dan julung kali diadakan di sekolahnya untuk memberi semangat kepada anak-anak yang kembali ke sekolah.
Idea timbul selepas lihat murid-murid saya dah lama tak ke sekolah. Jadi nak tarik mereka, fikir satu idea dengan harapan anak-anak murid ini kembali bersemangat untuk ke sekolah.
Walaupun jauh di pedalaman sarawk, mereka berhak bahagia..
Sempat la smlm bertukar watak sekejap. Ustaz boleh, Spiderman pun kita on la. Janji anak didik kita semangat untk hadir ke sekolah
Nasib double seluar. Maklumla seluar dia ketat.
Tahniah cikgu dan warga pendidik sekolah! Semangat membara inilah yang akan memberi motivasi kepada anak-anak untuk belajar dengan penuh keseronokkan.
Kuasa viral. Setelah tular mengenai kedaifan hidup, warga emas ini kembali ke pangkuan keluarga. Benarlah, hati siapa yang tidak sedih melihat kelibat seorang warga emas dijalanan seorang diri dibawah terik panas matahari. Diri yang uzur dimamah usia tetap gagah menempuh liku hidup demi perut yang perlu diisi. Mana mungkin, siapa yang melihatnya membiarkan berlalu begitu. Mujur ada yang sudi membantu memberi bantuan.
Siapa sangka, pasrah nenek ini telah meruntun jiwa seorang anak muda Mira Sam berhati mulia. Sapanya kepada warga emas ini bertanya khabar dan pelawaan menaiki kenderaan dengan niat membantu, rupanya telah membawa sinar baharu buat warga emas ini.
Sembang biasa bagaikan ‘cucu’ dan ‘nenek’, akhirnya membuka cerita duka bila mana warga emas ini tinggal bersama suami yang uzur disebuah motel dengan serba kekurangan dengan sewa yang tertunggak. Tidak mahu menyusahkan anak yang juga serba kekurangan, nenek ini dan suami sanggup berdikari dengan kurdrat yang ada. Lebih sebak, pasangan warga emas ini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada pihak bertanggungjawab.
Lebih manis, setelah dua hari tular, perkongsian yang boleh dianggap sebagai khidmat masyarakat ini telah menarik perhatian ramai sehingga, anak warga emas ini telah membawanya pulang ke pangkuan keluarga untuk tinggal bersama.
Berikut perkongsian yang dipaparkan.
Tular dengan perkongsian sehingga 2.9K
“Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2..dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..
P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar.”
Khidmat masyarakat
Semoga nenek dan suaminya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan yang diterima bersama keluarganya. Mereka juga berhak untuk hidup bahagia meniti hari bersama orang tersayang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...