Cara Nak Pilih Ketam Isi Padat & Segar, Ini Tipnya, Barulah Puas Hati Makan!

Share

Kesuntukan masa buat kita membeli barangan basah seperti ikan, udang, sotong dan ketam dengan cepat tanpa menilai samada ia masih dalam keadaan segar ataupun sudah lama.

Kurangnya pengetahuan dan jarang-jarang ke pasar juga antara penyebab lain kita gagal mengenal pasti mana satukah barang basah yang segar dan tip top rasanya.

Begitu juga dengan ketam yang berkulit keras. Lagilah susah untuk kita pilih tanpa dapat melihat keadaan isi di dalamnya.

Tapi ada cara hendak pastikan kita dapat membeli beberapa ekor ketam dengan isi padat, manis rasanya pun tip top. Ikut langkah ini kalau hendak membeli. Pasti hasilnya tak mengecewakan.

1. Cium Bau Ketam
Ketam pula memang sukar untuk mengetahui samada ia segar ataupun tidak. Cara paling terbaik untuk mengetahui ketam segar atau tidak adalah dengan mencium bau ketam itu sendiri. Buka kawasan segitiga ketam yang ada dibelakang badannya dan ciumlah baunya. Jika sudah berbau, jangan pula dibeli kerana ia sudah lama.

2. Pilih Bau Laut
Jika baunya hanyir, ini bermakna ketam tersebut masih sudah tidak lagi segar. Kalau ada bau laut, masih lagi segar. Kena kenal pasti.

3. Tekan Belakang Ketam
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.

4. Pilih Ketam Betina
Pilihlah ketam betina kerana ia lebih banyak isi berbanding ketam jantan. Macam mana pilih ketam betina? Cara mengenal ketam betina ialah dengan melihat belakang badannya. Ketam betina mempunyai bentuk segitiga, sementara yang jantan pula mempunyai bentuk seperti kon. Bagi ketam betina, di kawasan segitiga itulah letaknya telur.

Kredit Foto: farahsanusi.blogspot.com

5. Bulan Mengambang
Ini bukan cakap kosong tetapi disyor oleh pembekal makanan laut segar sendiri. Belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh kerana waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak.

6. Pilih Ketam Berat
Kalau berat dah tentu isinya banyak dan padat. Pegang sendiri dengan tangan dan rasakan keberatannya. Kalau berat, isi banyak lah tu!

7. Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Kalau
ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.