Pastinya, setiap isteri inginkan suami yang sentiasa mencintai dan sayanginya selalu. Justeru, untuk kekalkan hubungan harus sentiasa ada nilai kasih sayang antara pasangan. Jom kita semak apa yang isteri harus lakukan untuk menambah hati suami.
1. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
2. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
3. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
4. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
5. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
6. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
7. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
8. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
9. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.