Pasca banjir tentunya banyak perkara yang harus dilakukan termasuk membersihkan rumah. Ketika ini menghasilkan bau yang kurang menyenangkan sekitar rumah.
Selain membeli pewangi di pasaran sebenarnya, anda boleh menggunakan tumbuhan dari alam semulajadi mempunyai bau dan haruman tersendiri.
Begini 6 caranya, jom ikuti cara penyediaannya.
1.Wangian segar dan harum dari daun pudina, dengan cara ambil beberapa helai daun pudina dan rendam di dalam bekas berisi air. Letak di mana-mana sudut sama ada anda boleh letakkan di meja ruang tamu contohnya. Daun pudina ini mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.
2. Cuba ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau cincang halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan. Jadikan seperti pot pouri atau bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
Kemudian gantung atau letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan tersebut merebak ke seluruh rumah. Selain boleh mewangikan rumah, bau daun pandan juga amat dibenci oleh lipas.
3. Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga. Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan buang sedikit daunnya, letak di dalam bekas yang panjang. Makin lama serai wangi ini akan mengeluarkan aroma makin kuat.
5. Belah limau nipis. limau purut atau kasturi kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Hirisan limau nipis atau kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal untuk menghapuskan kotoran berminyak.
6.Kayu manis dan bunga cengkih bukan untuk buat masak sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai petua wangikan rumah. Caranya, ambik segenggam kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri. Di samping wangikan rumah, duit pun jimat.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club