Ketika ini kita masih kekal di rumah bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Jadi bagi yang suka berkebun boleh cuba menanam pokok terung.
Tidak perlu tanah yang luas, hanya mengunakan pasu sahaja. Namun untuk berkebun ni kena ada ilmu dan cara yang betul bagi memastikan tanaman subur.
Ikuti perkongsian lelaki ini cara menanam terung dalam pasu.
KAEDAH TANAM TERUNG. Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium. Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu BAJA NLEGROW Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja. 2. Penanaman pokok. Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama. 3. Penjagaan.
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat. Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli. Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir. 4. Pemangkasan. Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun. 5. Lalat buah. Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia. 6. Siraman. Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik. 7. Kebersihan. Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang. So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Jagung yang siap direbus biasanya akan kecut isinya selepas diangkat daripada air rebusan. Keadaan ini buat jagung rasa tak sempurna malah ketika makan pun rasa kurang kenyal.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan jagung kekal kenyal, padat dengan isi dan tak mengecut ketika direbus. Cara ini juga buat jagung lebih enak dan manis serta segar rasanya.
Perkongsian Hisham Salleh ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Ada yang tanya, kenapa bila rebus jagung, angkat je jagung tu mesti kecut isinya dan jadi tak cantik. Isinya berkedut-kedut dan tak licin. Nak mengelakkan jagung kita kecut selepas direbus, macam ni caranya.
1. Ketika merebus jagung, jangan terus masukkan garam.
2. Biarkan jagung direbus sampai masak dahulu.
3. Apabila jagung sudah masak, ambil sedikit garam dan masukkan ke dalam air rebusan.
4. Biarkan sekejap kemudian barulah diangkat.
5. Insyaallah jagung rebus akan cantik dan tak kecut isinya bila diangkat.
6. Angkat dan toskan.
Sumber: Hisham Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau cakap pasal sakit gigi memang tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa sakitnya. Memang rasa teramat sakit. Kalau waktu ni jangan la ada yang nak datang bertanya itu dan ini atau nak komen macam-macam.
Lebih-lebih lagi sakit ketika waktu malam hari. Cemas dan adakalanya rasa pemikiran jadi buntu untuk cuba kesemua petua yang pernah diajarkan oleh orang tua kita. Ketika inilah kita sibuk cari Mr Google untuk dapatkan info bagi meredakan kesakitan.
Kalau anda terdesak, patut cuba 10 cara ini untuk kurangkan kesakitan anda. Tapi esoknya, wajib pergi jumpa doktor dan rawat gigi yang sakit tu ya.
1. Tempelkan bawang merah yang telah dilumatkan, bersama dengan garam ke dalam gigi berlubang.
2. Letak garam kasar ke dalam lubang dan kumur dengan air garam.
3. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
4. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
5. Ambil bunga cengkih, tumbuk kasar kemudian letakkan pada kawasan gigi yang berlubang.
6. Gunakan garam sebagai ubat berkumur. Garam mengandungi zat yodium yang dipercayai dapat menghapuskan bakteria yang menempel pada gigi yang berlubang.
Larutkan garam ke dalam air suam dan kumur tiga kali. Lakukan dengan kerap untuk cepat sembuh sakitnya.
7. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
9. Bagi gigi garham pula, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam gigi garham yang berlubang.
10. Gosok gigi berlubang dengan asam jawa dan buat langkah ini setiap hari.
Buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang tinggi adalah baik untuk mengurangkan kesakitan gigi. Ambillah buah-buah seperti oren, kiwi dan strawberi
untuk pulihkan sakit anda.
Selebihnya, pastikan anda berjumpa pakar atau doktor gigi untuk memeriksa kondisi gigi anda. Ini penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat. Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Baru-baru ini dia dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleH Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.
Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam. Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long. Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya.
Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.
“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.
Semoga dipermudahkan segalanya buat Wafa abdul Kadir.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.