Cara Mudah Tanam Sayur Sawi Guna Keratan Tunggul, Tak Perlu Ada Akar Pun Tetap Menjadi. Tiga Hari Nampak Hasil!

Share

Tak sangka, rupanya hujung keratan sayur ada manfaatnya. Kalau sebelum ini  anda terus buang keratan tersebut, lepas ni simpan dan tanam. Lihat hasilnya nanti.

Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini yang menunjukkan cara nak tanam pokok sawi sendjri menggunakan keratan sayur tersebut. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.

Cukup mudah caranya dan  menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.

Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…

Cara tanam:

  1. Sediakan tanah di dalam bekas yang siap dilubangkan untuk memastikan saliran baik dan tanah sentiasa lembap. Tapi bukan banyak air.

2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.

3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.

4. Selepas beberapa hari, inilah hasilnya.

Sesi alih tempat

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club