Ramai yang tahu bahawa sayuran mempunyai khasiat yang dapat menjaga kesihatan tubuh badan. Bagi yang suka menjamu hidangan sayuran seperti brokoli pastinya akan mendapat manfaat khasiatnya.

Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam kumpulan sayuran kubis atau Brassicaceae. Brokoli yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan anak antaranya asid folik, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D.

Jika sayuran ini sering kita beli, apa kata kali ini kita cuba bercucuk tanam. Hasilnya tentu lumayan. Tak perlu keluar bajet untuk membeli sayur ini, hanya petik di laman rumah aje. Jom lihat cara tanam menggunakan biji benih.

Cara Mudah Tanam Brokoli Guna Benih. Confirm Tanamam Subur! 
Biji benih brokoli

Brokoli hibrid Tahan Panas :
Jom tanam :

Langkah 1 :
Dapatkan benih BROKOLI, Rendam dalam air. Pilih yang tengelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratuasaN percambahan kecil.

IKLAN

Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur kan benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mesti lah basah. Gunakan tanah organik @ peat moss.

Langkah 3 :
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2helai daun. Alih kan dan letak di kawasan redup.

Cara Mudah Tanam Brokoli Guna Benih. Confirm Tanamam Subur! 

IKLAN

Langkah 4 :
Anak pokok boleh di pindahkan dalam polybeg atau pasu setelah berusia 25hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih kan anak benih tadi ke pasu yang besar atau polybeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakan benih terkena kejutan cuaca panas.

Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan alih kan ke kawasan panas selepas 1 minggu .Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm.Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.

Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.

IKLAN

Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas atau pun penyakit kulat.

Cara Mudah Tanam Brokoli Guna Benih. Confirm Tanamam Subur! 

Brokoli boleh di tuai selepas 50 HARI KE 3BULAN. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.

Kredit: Mohd Shaifful‎ via Kebun Sayur, Bunga Dan Buah Buahan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI