Bayam adalah antara tanaman yang mudah ditanam selain daripada kangkung dan sawi hijau. Penjagaannya tidak rumit dari awal .
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun, apa kata cuba tanam bayam.
Paling mudah nak tanam sebab tak perlu semai dan alih anak benih. Tanam terus terus atas tanah, pasu atau polibeg.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian oleh saudara Hafiz Hush.
1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.
2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.
3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.
4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.
5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.
6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.
Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.
Sumber: Foto Hafiz Hush