Bila tanya pada semua orang tentang kepentingan menabung, sudah pastinya semua setuju.
Namun nak menyimpan wang ni bukan mudah, ia memerlukan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Bagi yang bergaji kecil sudah tentu lebih cabarannya.
Namun tidak salah mencuba untuk menyimpan. Jika ada kesungguhan pasti berjaya.
Bagi yang newbie boleh cuba cara ni. Mudah dan praktikal.
TIPS SIMPAN DUIT Tahun ni boleh start buat sudah. RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400. RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500. RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000. RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500. RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300. RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600. TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Telah menjadi tugas kita ibu ayah untuk pastikan sebelum anak-anak dihantar ke sekolah, anak sihat dan diperiksa suhu badannya.
Hal ini penting sebagai prosedur awal dalam usaha saringan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan covid-19.
Namun, tak sangka pula rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ini boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.
Memahami detail hal ini, Dr Ahamd Luqman Bukhari ini beri penjelasan. Jom baca.
Ginilah saya selalu duk cek suhu Maimunah Solehah ni. Guna infrared thermometer macam ni je dan hala kat dahi.
Kalau demam, jangan harap nak lepas pergi sekolah. Hehe.
Tapi tak sangka pulak rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ni boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.
Siap ada yang ikut bulat-bulat dakyah untuk cek suhu badan kat tangan. Aduh!
Infrared thermometer tu bukannya pancarkan sinaran berbahaya pun.
Waktu kita halakan thermoscan tu kat bahagian kepala, suhu infrared yang dibebaskan oleh temporal artery (salur darah) kat bahagian dahi tu sebenarnya yang diimbas oleh scanner kemudian diterjemahkan kepada angka bacaan suhu badan.
Tubuh kita yang bebaskan infrared tu ye, bukan sebaliknya.
Kalau perasan, ada jugak sebahagian infrared thermometer yang keluarkan cahaya merah. Tu cuma sinaran lampu biasa je untuk tunjukkan kat permukaan mana suhu diimbas. Tak perlu risau sebab ia tak kan tembus kepala anak kita.
Yang betul-betul bahaya ialah bila kita follow dakyah untuk baca suhu melalui nadi kat tangan sebab kita sebenarnya dah menyalahi cara penggunaan peranti tu sendiri.
Nanti bacaan tu jadi tak tepat dan berpotensi menyebabkan saringan tak berjalan dengan betul lalu mengakibatkan jangkitan terus tersebar.
Kan tak bagus macam tu.
Bab thermometer ni, KKM dah pun lakukan kajian. Infrared thermometer jenis yang menyukat suhu kat gegendang telinga dan di dahi tu dah dinilai dan disahkan selamat. Jangan risau ye, just pastikan peranti tu berdaftar dengan KKM.
Sebetulnya, kalau kita nak bacaan suhu lebih tepat, patutnya kena cek melalui mulut dan rongga anus. Tapi tak kan lah nak buat benda macam tu kat tempat awam kan.
Lagi pun nanti si kecil kita akan rasa tak selesa dan paling menakutkan, risiko jangkitan tersebar jadi makin tinggi sebab proses tu melibatkan sentuhan.
Tolong saya #kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang lain ye.
Kita semua ni fronliner tau. Kita kena sekat jangkitan Covid19 ni dari terkena family kita dan dalam masa sama wajib jugak sekat penyebaran maklumat palsu supaya kita semua selamat.
Tak kenal maka tak cinta, mungkin ini yang boleh diperkatakan bila menyebut tentang Tadika Al Kauthar Eduqids (AKE) yang sedang menempa nama, menjadi pilihan pusat pendidikan pra sekolah ibu bapa masa kini. Jika tidak, masakan baru-baru ini mendapat penganugerahan sebagai sebuah “Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma”.
Tadika Al Kauthar Eduqids sebenarnya sudah beroperasi sejak tahun 2013 hingga kini menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al-Quran, program Montessori, toddler school play untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, kelas Bahasa Mandarin dan juga pembelajaran KAFA.
Terpanggil untuk mengenali lebih dekat siapa sebenarnya orang kuat yang mengemudi kejayaan AKE ini, nyata bukan calang-calang orangnya. Encik Bakhtiar, pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids bersama isterinya Puan Nor Fadilah Alias berkongsi kisah bagaimana mereka membangunkan AKE ketika ditemubual dalam satu majlis minum petang yang diadakan di Hotel Concord Shah Alam baru-baru ini.
Pada majlis yang sama juga, pihak AKE turut mengumumkan NOU yang dijalankan bersama Kolej Vokasional ERT Setapak dan Tadika Al Kauthar Eduqids. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memupuk hubungan rapat di antara kedua pihak dalam pelbagai perspektif terutama dalam bidang kemahiran pendidikan. Kerjasama yang erat ini diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Luah Rasa Gembira
Di majlis julung-julung kalinya diadakan itu, pasangan ini meluahkan perasaan sangat gembira setelah menunggu 6 tahun menjalankan perniagaan ini. Pengharapan mereka pada perniagaan yang dijalankan untuk kekalkan nama baik brand AKE, dan sekali gus memperkenalkan kepada orang ramai tentang AKE secara lebih menyeluruh. Dijangkakan dalam masa 3 tahun akan datang, cawangan AKE akan terus berkembang menjadi 50 cawangan di seluruh Malaysia.
Apabila ditanya apa kelebihan AKE berbanding pilihan tempat-tempat lain, ini jawabnya.
“Sebenarnya saya sendiri adalah merupakan seorang guru tadika yang berpengalaman hampir 12 tahun. Saya memilih untuk menggunakan pendekatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan digabungkan dengan method montessori dan tambahan Islamik. Ia bagus kerana pendidikan hari ini agak sukar untuk anak-anak. Walau dimansuhkan peperiksaan sekali pun namun modulnya susah. Jadi bagusnya belajar di sini, kami tekankan dari segi akademik dan sahsiah diri serta sudut islamik. Jadi bila mereka masuk darjah satu, mereka telah dipersiapkan.
“Perbezaannya lagi, AKE turut menerima anak-anak autisme, speech delay, dyslexia, ADHD dan cabarannya berbeza daripada mendidik anak-anak normal. Di HQ kita adalah lebih 10 orang anak-anak istimewa, dalam kajian saya kalau anak-anak ini bila dicampurkan bersama anak-anak normal kesan auranya itu 90% boleh nampak perubahan yang positif.
Cabaran Bisnes
“AKE ditubuhkan pada tahun 2013, dan ketika itu umur saya baru 22 tahun, usia masih muda dan bukan cabaran yang mudah untuk dilalui. Tapi alhamdulillah, walau pernah diuji pada 2015 dalam menjalankan perniagaan ini, namun saya segera sedar dan mendapatkan kekuatan untuk terus bangun bagi melangkah ke fasa seterusnya.
“Antara yang saya amalkan adalah setiap hari wajib menghafal bersama anak-anak di AKE dengan surah al Rahman, al Kahfi dan Yassin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah dengan 3 surah itu untuk dihafal. Begitulah setiap hari akan solat Dhuha bersama anakk-anak di AKE dan membaca ayat-ayat hafazan sebelum memulakan pembelajaran seperti biasa. Semua ini diterapkan bermula seawal 3 tahun anak-anak di AKE.
Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah pun berusia 5 tahun, alhamdulillah saya nampak progres perubahan anak saya begitu cepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak dahulu lagi, Datuk Rosyam Nor tidak suka berkongsi kisah peribadi apatah lagi berkenaan isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih maintain muda. Sebaliknya, pelakon dan pengarah terkenal ini lebih gemar memuatnaik tentang kariernya.
Terbaru dalam satu perkongsian anak keduanya yang mesra disapa Anis menerusi laman instagramnya _aniskiss memuatnaik beberapa keping gambar ketika keluar makan meraikan hari ulang tahun kelahiran ayahnya baru-baru ini.
Celebrated parents birthday over dinner with the whole fambam. Happiest birthday Papa ❤️ For the gazillionth time, thank you so much for all the sacrifices, hard work and 💸💸 👻,” demikian kapsyen yang dimuatnaik Anis.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah wajah Rosyam dan isteri yang tetap maintain awet muda dan tidak dimamah usia biarpun kini sudah menimang cucu.
Anis dalam perkongsian sebelum ini pernah mendedahkan sifat sebenar ayahnya itu di mata seorang anak.
“Sejujurnya saya tak rasa benda tu susah sebab papa tak beritahu kepada orang ramai tentang siapa anak-anak atau famili dia. Jadi, kami adik-beradik tak ada limelight sangat di media. Hanya orang yang tahu saja akan tahu. Macam saya, saya tetap hidup macam anak-anak lain dan kalau keluar rumah pun tak ada sampai kena serbu atau sebagainya.
“Paling penting, kami adik-beradik kena tahu jaga nama papa dan tak buat benda yang boleh jatuhkan reputasi dan memalukan. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang, semuanya baik. Bercerita tentang papa ni, dia nampak je garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang, very romantic and very sensitive dengan anak-anak dia.
“Kenangan bersama papa memang banyak sangat tapi yang tak dapat saya lupa jasa mama dan papa ialah bila mereka buat perkahwinan saya menjadi momen paling bermakna dalam hidup. Apa sahaja idea yang saya nak, mereka akan cuba buat sampai dapat. Bukanlah bermaksud majlis tersebut kena mahal sebaliknya lebih kepada momen yang menyatukan kami sekeluarga,” akhirinya.
Selain Anis, Rosyam Nor turut dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di