Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan bahan masakan agar tahan lama. Bahan-bahan kisar seperti bawang merah, cili dan bawang putih sering menjadi bahan utama dalam masakan.
Biasanya jika semua bahan-bahan ini sudah siap, sudah tentu kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Biasanya bahan-bahan ini akan disimpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama antara seminggu dan dua minggu, malah ada yang sebulan! Namun, jika salah penyimpanan akan mengakibatkan bahan yang dikisar tadi bertukar warna yang boleh menjejaskan rasa masakan.
Terbaru, petua untuk kekal bahan masakan kisar tahan lama, menerusi facebook Raden Nor Kamalia dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi cara-cara memastikan bahan kisar masakan tahan lebih lama sehingga dua minggu.
Ikuti perkongsian ini.
Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiaw tinggal cedok jer, Stok untuk seminggu.
Cara-cara membuat cili kisar
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci. Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili. Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih
Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
Rupanya rahsia nak sedap ramuan cili kering kisar bersama bawang dan bawang putih
Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender
100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas). Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebutCara membuat bawang merah kisar
6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil. Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara2 membuat bawang putih kisar
5 labu bawang putih
Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Sumber: Raden Nor Kamalia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club