Tip Untuk Ibu Betul Betul Mudah & Selamat Ketika Bersihkan Perabot Menyambut Raya . Guna Bahan Dari Dapur Sahaja!

Share

Kebersihan adalah sebahagian agenda utama yang diambil berat oleh seorang suri rumah bagi memastikan kediaman yang dihuni selamat dan selesa untuk famili. Pun begitu, untuk memastikan rumah sentiasa bersih serba serbi, memanglah bukan suatu pekerjaan yang ringan untuk dilakukan.

Bagi memudahkan urusan itu, ada antara kita terpaksa menggunakan bahan-bahan pembersih untuk memudahkan kerja. Bagaimana pun, beberapa produk yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada sebahagian orang.

Oleh itu, ada baiknya kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak!

1. Almari kayu

Jika almari kayu terlihat kotor, segeralah bersihkannya dengan menggunakan campuran minyak sayur-sayuran dan baking soda. Gosokkan segera pada permukaan kayu dan anda akan lihat hasilnya cukup luar biasa. Almari kayu akan terlihat berkilat dan cantik seperti baharu.

2. Tilam

Sekali lagi, gunakan baking soda yang dicampurkan dengan minyak assensial untuk bau yang lebih segar. Caranya cukup mudah, tuangkan adunan tersebut di atas tilam yang terkena kotor dan kemudian beruslah dengan perlahan. Setelah anda puas hati, jangan lupa untuk gunakan penyedut hampa gas bagi memastikan tiada sisa-sisa serbuk baking soda yang tertinggal.

3. Cermin

Caranya cukup mudah dan berkesan. Ambil surat khabar lama dan basahkan. Kemudian gumpal untuk mudah dipegang dan barulah digosok pada permukaan cermin. Hasilnya anda akan lihat serta-merta, cermin berkilau dan cukup bersih.

4. Meja makan

Jika permukaan meja makan adalah diperbuat daripada batu mar-mar pastikan anda membersihkannya dengan air yang di campur bersama dengan hirisan limau berserta garam. Hasilnya cukup luar biasa berkilat dan kesegaran limau memberi aroma yang cukup menyenangkan.

Selain itu, untuk ibu-ibu menjaga permukaan perabot kayu terutama yang agak sensitif dan tidak mahu ia calar, cuba tip mudah ini:
1. Minyak zaitun dan cuka


Campurkan 1/2 bahagian minyak zaitun bersama 1/2 bahagian cuka. Sapukan campuran kedua-dua bahan ini pada permukaan perabot kayu yang tercalar. Anda akan mendapati perabot kayu kelihatan seperti baru semula.

2. Kantung teh/ tea bags

Rendamkkan kantung teh lebih kurang 2 – 3 minit di dalam air panas yang mendidih. Setelah itu, celupkan pemutik kapas ke dalam permukaan air rendaman teh itu tadi. Kemudiannya, gunakan teknik ‘dabbing’ pada permukaan perabot kayu yang calar. Lap lebihan air teh yang pasti mengalir ketika melakukan proses ini. Ulangi cara ini sekerap yang boleh dan anda akan mendapati kesan calar mulai pudar dan seterusnya hilang.

3. Marker pen
Pastikan anda mencari warna marker pen yang seakan-akan  sama warnanya dengan perabot kayu anda. Calitkan sedikit marker pen pada permukaan yang calar dan setelah dakwat marker pen mengering,  sembunyikan bahagian tersebut dengan penggunaan wax atau varnish.

4. Kacang walnut


Hanya terus gosokkan kacang walnut pada permukaan perabot kayu yang terjejas itu sebanyak beberapa kali. Perhatikan lama-kelamaan permukaan calar itu tadi semakin menggelap dan menghilang. Ini ajaib bukan?

5. Biji kopi/ serbuk kopi


Celupkan pemutik kapas ke dalam serbuk kopi yang dibiar sedikit lembap (dicampur dengan air panas terlebih dahulu). Pemutik kapas itu tadi kemudiannya diaplikasikan pada kesan calar yang ada di atas permukaan perabot. Biarkan selama 15 – 20 minit dan lap dengan segera permukaan kayu itu tadi dengan menggunakan kain yang kering. Kaedah ini berkesan membuatkan perabot kayu anda kelihatan ‘menggelap’ dan seterusnya menyamarkan kesan calar.

6. Jus lemon


Campurkan perahan lemon segar bersama minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih kurang sama rationya. Dengan mengunakan lint cloth, ambil sebahagian besar campuran itu dan gosok terus pada bahagian calar perabot sehingga ia mulai hilang.

Sumber: Impiana