Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya.
Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan.
Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba