
Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya.
Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan.
Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba
Bagi Isteri Hadiah Bukan Sebab Dia Materialistik. Jangan Negatif Kalau Tak Tahu Maksud ‘Love Language’

Nak memujuk orang sebenarnya benda paling lemah nak buat. Betul tak? Especially nak memujuk wanita, pujuk cara ini tak kena, cara itu tak jalan. Kadang buntu lah dibuatnya!
Selalunya, cara paling mudah nak pujuk orang guna dengan beri hadiah. Tak kisah lah nak bagi hadiah apa, paling simple nak pilih benda yang menjadi favourite si dia la!
Dah bagi, barulah nampak sedikit senyuman disebalik jawah kelat mulut muncung boleh sangkut hanger tu. Hehe.
Bagi hadiah sebagai tanda memujuk, bukan beerti orang yang merajuk tu materialistik tau! Pantang bagi hadiah je, terus ok. Tidak ye!
Ia dikategorikan sebagai Love Language. Nak tahu apa tu? Jom ikuti perkongsian dari Taufiq Razif ni!
Isteri saya bukan materialistik
Baru ni isteri saya merajuk. Daripada raut wajah yang susah nak senyum tu saya tahu dia tengah merajuk dengan saya. Bila tanya sepatah, jawap pun sepatah. Aduh gawat sih!
Yelah, saya ni kadang melampau juga. Sibuk meeting sana sini sampai kadang terlupa yang ‘meeting’ bersama anak dan isteri itu lebih utama.
Jadi dipendekkan cerita saya sedar itu kesilapan saya dan saya nak tebus kesalahan saya. Aduh. Macam mana nak tebus kesalahan saya ni?
Nak taknak saya kena isi balik tangki emosi bidadari saya ni. Jadi saya hadiahkan isteri saya satu set Senduk Pelangi warna warni. Mula mula muka si dia selamba je. Biasa lah jual mahal kan hehe. Cuma eh perlahan lahan senyuman mula terukir.
Tanya sekali, eh jawab sepuluh kali teruih! Sah! Si dia dah berjaya dipujuk! Tadi punya la ketat muka tu tapi dah dapat hadiah terus tersenyum.
Memang ada sesetengah wanita ni memang nak pujuk mereka, kena bagi hadiah. Mereka bukannya materialistik tau. Tahu tak Receiving Gifts ni salah satu daripada 5 Love Language?
Ok gini tuan puan. Love Language ni ada 5 seperti yang ditulis oleh Dr Gary Chapman, seorang spekaer dan penulis buku terkenal dunia.
Love Language ni adalah bagaimana seseorang itu merasa DICINTAI. Ok cuba baca bawah ni untuk lebih faham lagi.
5 Jenis Love Language
Words of Affirmation – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi kata kata cinta, pujuk rayu, puji pujian dan perkataan perkataan yang mendamaikan hatinya
Physical Touch – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita peluk peluk dia, genggam tangan dia semasa berjalan jalan dan lain lain yang melibatkan sentuhan fizikal
Act of Service – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita tolong dia masak, picit kaki dia, tolong lipat baju, cebok anak dan lain lain yang melibatkan khidmat dan bantuan
Quality Time – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi masa untuk dating berdua, tak terlalu sibuk bekerja sampai abaikan si dia
Receiving Gifts – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita bagi mereka kejutan hadiah, nafkah lebih dan pemberian penuh ikhlas
Mereka bukan mengada ngada, mereka bukan materialistik tapi ini adalah sunnatullah. Ia ada dalam naluri manusia. Seperti pesan Nabi Muhammad :
تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594)
Taufiq Razif
Makin bagi hadiah, makin rezeki bertambah
Redakan Sakit Kepala Dengan Minuman Tolak Angin, 5 Jenis Minuman Ni Isteri Wajib Praktikan Buat Redakan Sakit Suami!

Sakit kepala yang datang menyerang secara tiba-tiba buat kita makin stress. Tak mampu nak lakukan sebarang kerja. Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika suami tiba-tiba diserang sakit kepala, isteri boleh sediakan minuman ini sebagai altenatif sebelum mendapatkan bekalan ubat. Tak salah mencuba!
Kenali 5 jenis minuman ini.
Kopi Panas
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Petua Buat Cili Kisar Lebih Tahan Lama, Masakan Pun Jadi Lebih Sedap. Ini Caranya.

Buat yang gemar masak makanan yang pedas tentu tercqri-cari petua untuk membuat cili kisar yang tahan lama.
Selain itu, cili kisar ini akan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Ikuti perkongsian ini.
Tiap kali aku kongsi resepi aneka makanan bergoreng, selalunya aku ada guna cili kisar.
Kebanyakannya lah pasti aku ada masukan cili kisar. Rasanya sebelum ni aku dah pernah kongsi bahan-bahannya di dinding fesbuk aku.
Tapi takpa kali ni aku kongsi sekali lagi, di sini pula. Khas untuk ahli MB.
Bahan mudah :
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Minyak
Air
Cara penyediaan:
1. Mula sekali cuci dan bilas cili kering tu, rendam dengan air sekejap. Air paip boleh, air panas pun boleh. Terpulang.
2.Lepas tu masukkan cili kering dalam blender bersama bawang besar, bawang putih, dan air. Jangan banyak tau air. Separuh ja dulu. Kalau nampak blender sarat tak boleh kisar baru tambah sikit-sikit.
3. Bawang besar boleh letak lebih. Lagi banyak lagi sedap. Bawang putih tu cukup sekadar seulas dua. Tak perlu banyak. Nak ambik bau je.
4. Minyak letak lah 3 atau 4 sudu. Tak perlu banyak sangat pun. Minyak ni hanya untuk bantu hancurkan bijik cili supaya lumat.
5.Kemudian, blend lah sampai lumat elok.
6. Dah siap. Tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
7. Bila nak guna, cedok guna senduk bersih supaya cili tak cepat rosak.
❌Tak perlu dah nak angkut cili boh kat kedai untuk kegunaan di dapur.
Mudah, jimat, tahan lama.
Dan pastinya menambah kesedapan.
Nota :
Kalau nak guna untuk buat pes asam pedas atau kuah laksa, cuma ambil 3 atau 4 senduk cili kisar. Masukan semula dalam blender, tambah belacan. Kisar, siap untuk ditumis.
Sumber: Firda Ashaary