
Kadang malam tak semua nak makan nasi, sorang dua je tu pun portionnya tak sebanyak makan tengahari. Jadinya ibu pun tak tahulah nak mengagak banyak mana nak masak.. Kalau masak ikut pot nasi, nanti terlebih masak.
Bukan itu je, malah jika menggunakan beras yang sedikit, nasi akan jadi berkerak. Susah bila nak cuci nanti.
Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Amalina Aziz di bawah. Sangat praktikal untuk orang bujang dan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai.
Tips Masak Nasi Untuk Sorang Makan
1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.
2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan gunakan cawan yang tahan panas.
3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.
4. Kemudian masak seperti biasa.
Siap dan boleh dimakan macam biasa! Selamat mencuba.
Kredit: Amalina Aziz
Ini Cara Hasilkan Ramuan Rahsia Campuran Tanah Untuk Sayur. Ibu-Ibu Boleh Guna Pasu Sahaja, Rugi Kalau Tak Cuba!

Isi Kandungan
ToggleBerkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
sumber: Izham Alias & Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Bila Ada Ahli Keluarga Kena Makan Beras Berlainan. Begini Cara Nak Masak Sekaligus!

Bila ditanya tentang beras yang sering menjadi pilihan utama untuk dimasak antara beras perang, beras biasa, beras siam, beras wangi, beras basmathi dan sebagainya tentu berbeza-beza jawapannya.
Ada yang kata pilihan beras ikut kesesuaian jenis menu nasi yang ingin disajikan, ini bertepatan dengan tekstur dan rasa yang berbeza untuk setiap beras tersebut.
Begitu juga ada yang memilih jenis beras yang ingin dimasak kerana mahukan pemakanan yang lebih sihat.
Namun bagaimana caranya andai dalam satu rumah, perlu dimasak perlbagai jenis beras. Contohnya beras perang untuk ayah yang ada menghidap kencing manis, anak lelaki lebih gemarkan makan nasi dari beras basmathi yang lebih peroi bila dimasak, manakala si ibu lebih berselera makan beras biasa sahaja.
Atas sebab ingin memuaskan selera semua, mana mungkin hari-hari sanggup memasak nasi dua tiga kali. Tentunya akan mengambil masa yang lama.
Tapi tahukah anda, masalah ini boleh selesai bila anda memasak dengan teknik dan trik yang dikongsikan oleh Arwina Mansor ini.
Nak tahu apa caranya itu, jom baca perkongsian ini. Selamat mencuba!
Masak Beras Pelbagai Jenis Dalam Satu Masa
Ada sorang kawan kata… Susahlah nak masak nasi sekarang… Mak nak beras perang. Kami tak suka.. Takkan tiap kali nak masak dua periuk..
Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus.. Senang je… Tiap sorang satu mangkuk… Sedas je masak.. tak sampai sejam… Nasi cantik.. Takde kerak.. Gebu…
Ni saya tunjuk.. Saya masak 3 jenis beras… Beras wangi, beras perang dan beras siam…
Nak senang lagi.. Pakai mangkuk lain2 jenis.. Senang kenal nasi siapa punya… Bunyi ting.. Semua orang dapat makan nasi kegemaran..
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yg sama… Saya bagitau sini…
Kalau nak nasi macam biasa… Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk… Jadi nasi akan naik ke atas bila dah masak.
Kalau nak nasi tu lembik… Letak beras 1/4 @ 1/2… Buh air penuh.. So nasi akan lembik sikit.. Senang nak lenyeh bagi baby makan…
Nak masak pun tak lama… Dalam 20min-40min.. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti.
Tapi saya suka biar je dia kukus lama… Sampai waktu makan.. Panas panas kan sedap
Sumber : Arwina Mansor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan ketinggalan untuk turut serta di dalam Virtual Himpunan Cita-cita 2020.
Sila daftar di link ni
Serbuk Colek Pun Boleh Buat Sendiri? Ha, Ni Resipinya!

Siapa suka makan mangga muda? Emmm… membayangkannya sahaja sudah boleh kecur liur dibuatnya.
Apatah lagi bila ada di depan mata, tak perlu dijemput makan sudah disua ke mulut untuk segera dijamah! Krup krap krup krap bunyinya, memang cukup menyelerakan.
Tambah syok bila mangga muda dapat dimakan beserta dengan coleknya. Barulah sempurna dan menepati citarasa sesiapa jua.
Oleh itu, dikongsikam bersama resipi serbuk colek untuk anda nikmati. Semoga perkongsian ini memberi satu lagi ilmu masakan buat anda semua. Selamat mencuba.
Serbuk colek
Bahan-bahan:
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
3 inci belacan
2 cawan gula pasir
Cara Buat:
1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.
2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.
3. Sedia untuk dimakan.
sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN