Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap. Tak Perlu Letak Gula & Garam. Memang Power!

Share

Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam. Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah, pasti menarik selera untuk menjamahnya.

Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap, nah admin kongsikan resipi dari Ieda Roslida ini.

 

Bahan- bahan :

1 bungkus mi kuning- bilas & toskan.
10 ekor Sotong  dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1 ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar Kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan air putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis…

Bahan-bahan tumbuk
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara-cara :

  • Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
    Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.

  • Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.

  • Masak dan kacau bagi sebati… masukkan sayur dan kacau-kacau lagi. Kemudian, masukkan mi kuning dan tomato… kacau bagi sebati dan masak.

 

 

  • Siap untuk dimakan

Tip: Masak mi goreng basah style cik ida ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap tu semua dah cukup. Selamat mencuba!