Cara Mudah Kurangkan Masalah Dengkur, Wanita Ini Kongsikan Petuanya. Hanya 4 Kali Minum Sudah Berkesan!

Share

Berdengkur ketika tidur? Itu normal. Tetapi, kalau makin lama semakin kronik boleh mengundang masalah. Nampak remeh, tapi sebenarnya masalah dengkur ini boleh mengundang masalah dalam rumah tangga bagi anda yang sudah berkahwin.

Kebiasaannya, tidur yang berdengkur ini berlaku mungkin kerana terlalu penat atau sedang nyenyak dibuai mimpi. Tak kurang juga yang beranggapan tidur berdengkur itu adalah tidur yang berkualiti dan sekiranya anda merasakan tidur berdengkur itu normal, anda silap!

Justeru, ibu-ibu kena cari alternatif bagi merawat atau setidak-tidaknya mengurangkan  masalah ini.

Petua mudah ini dikongsikan oleh Syiema Ima ini  mungkin boleh dicuba oleh anda yang megalami masalah ini. Tak perlu modal yang banyak, bahan yang digunakan boleh didapati di dapur rumah sahaja.

Syiema Ima  memberitahu telah berjaya mengatasi masalah dengkurannya dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah ini. Air suam yang dicampur bersama bahan ini hanya diminum sebanyak 4 kali, ajaibnya masalah dengkuranya hilang serta merta. Menarik bukan?

Jom kita ikuti petua yang dikongsikan beiau di bawah. Selamat mencuba !

Assalamualaikum..ingat lagi tak saya penah share petua pasal dengkur…macam mana kalian yang share tu dah cuba buat ke belum?

Alhamdulillah.. saya sendiri dah cuba buat.. dalam 4 kali saja minum air ni.. dengkur hilang serta merta.. bahan-bahan hanya guna barang yang ada di dapur je.. tak susah pun nk cari.

Bahan-bahan :

Kunyit hidup

Madu

Air suam

Cara membuat :

  • Air suam suku gelas rendamkan knyit hdup dlm segelas selama 5 minit.
  • Campurkan madu satu sudu.
  • Minum sebelum tidur sehari hanya sekali saja.

Sumber: Syiema Ima  via Masak Apa Hari Ni