
Memperkenalkan sifir pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah, apalagi untuk dihafal. Bab ini memang susah sampai naik pening dibuatnya. Nak memudahkan anak-anak faham adakalanya mengambil masa. tetapi andai tahu cara dan teknik pasti tak akan menjadi masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh puan Nor Syaqiera Adni yang juga seorang guru mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam membantu anak-anak belajar sifir tanpa hafal.
Sifir Tanpa Hafal – Kaedah Gigi
Ramai anak-anak akan suka guna kaedah ini. Tak perlu hafal, hanya lukis dan kira gigi yang comel.
Perkara terpenting dalam sifir ialah faham. Bila kita dah mula beri cara mudah, lama kelamaan, sifir itu akan hidup dalam otak anak kita.
Melalui kaedah gigi ini, anak akan lebih senang nampak dengan jelas konsep sifir. Apa konsep sifir tu? Penambahan berulang-ulang jawapannya.
Bila anak jelas dengan konsep, maka akan keluarlah sifir secara spontan dari mulut mereka.
Jemput share, biar anak-anak kita sedar yang sifir ni senang je..
Syaqiera Adni,
Fahamkan sifir, semuanya akan jadi mudah.
**Cuba try test buat pada anak-anak. Have fun.
Tepung Red Rose & Cap Ros, Nampak Macam Sama Tapi Ada Beza Rupanya. Wanita Ni Kongsi Infonya!

Biasanya kalau buat biskut atau kek, mesti orang cadangkan gunakan tepung ros tapi bila ada yang mencari tepung ros di pasaran menyebabkan ada pula yang terkeliru. Ini memandangkan rupanya ada dua jenis tepung yang menggunakan ros sebagai logo. Jadi mana satu sebenarnya ye yang dimaksudkan dengan tepung ros untuk membuat biskut atau kek yang sering disarankan oleh otai dalam bidang pastri dan bakeri.
Menjawab persoalan itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Zuraini Alias II yang juga dikenali dikalangan peminat pastri dan bakeri di media sosial. Ini perkongsiannya.
Tepung Gandum Cap Ros vs Tepung Red Rose
Hai gaisss
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros
Satu lagi tepung red rose.
Tepung Red Rose
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar RM3 ke RM3.20 sekilo
Tepung Cap Ros
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain
Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice untuk kek dan biskut
Tepung cap kunci untuk karipap
Tepung cap rose ramai juga yang guna untuk biskut
Tepung cap cempaka untuk apam senyum merekah
Tepung high protein untuk donut
Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye gaisss
Semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi. Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye.
Sumber : Zuraini Alias II
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IBu-Ibu Boleh Amalkan Petua Orang Lama Ini Ketika Di Dapur. Salah Satunya Jika Jari Luka Atau Hilangkan Pijar. Cukup Mudah!

Orang dulu-dulu banyak petua yang sangat bagus untuk diamalkan. Malah, sangat mudah untuk dipraktikkan kerana menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di sekelilingi kita.
Namun, mungkin kesan yang diperoleh dari petua ini tidaklah berkesan serta-merta dan kadang kala perubahan dirasai sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan melakukannya. Tetapi yang penting, tiada bahan kimia digunakan tau!
Jom kita tengok antara petua lama yang kita boleh ikuti.
1. TANGAN LUKA
Jangan panik jika jari anda terkena pisau dan luka. Anda boleh menggunakan sarang telur labah-labah yang berwarna putih seperti kapas dan letakkan di jari yang luka. Anda akan dapati darah berhenti dengan cepat.
2. HILANGKAN KUTU KEPALA
Ini merupakan masalah yang merunsingkan kerana melibatkan kepala dan juga rambut. Cara nak hilangkannya adalah dengan lumurkan kepala anda dengan minyak tanah. Kemudian, bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala anda akan mati selepas itu.
3. REDAKAN SAKIT MATA
Apabila mata mula merah, pasti rasa sakit yang memeritkan. Cuba titiskan sedikit rebusan air sirih di dalam mata. Memang sedikit pedih tapi sakit mata anda akan pulih dengan segera.
4. LEGAKAN SAKIT PERUT
Minum air rebusan daun kesum jika anda merasakan perut tidak sedap, menghadapi kembung atau cirit-birit. Daum kesum juga boleh dibuat ulam. Perut anda akan berasa lega dan beransur pulih.
5. PIJAR CILI
Lumurkan jari jemari yang terasa pijar cili dengan garam. Biarkan selama 5 minit sebelum bilas menggunakan air sejuk.
6. TIMUN LEBIH RANGUP
Hiris timun atau kupas kulit timun dan simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dijadikan ulam atau dimakan. Rasalah! Confirm lebih rangup.
7. HILANGKAN BAU PETAI
Sedapnya makan nasi berulamkan petai! Bila makan petai dengan banyak, mulut akan berbau! Usah bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, anda akan rasa bau petai akan hilang.
8. PEDIH ULU HATI
Kesakitan pedih ulu hati amat memeritkan. Anda boleh amalkan memakan satu sudu madu setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan selalu, pedih ulu hati anda akan hilang.
9. MENGHILANGKAN BAU MULUT
Anda hanya perlu menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan campuran tadi kepada gigi dan kumur hingga bersih. Amalkan tiga hari sekali.
10. MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Lekapkan teh uncang yang telah digunakan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.
11. MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEMASA HAMIL
Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang mula timbul. Urat yang timbul akan hilang jika diamalkan selalu.
12. MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI
Bakar beberapa helai daun kelapa kering sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi anda dan ulangkan beberapa kali. Gigi anda akan menjadi putih berkilat!
Sumber: Abgbrian.com
Niat Mengundi Bertukar Tragis! Suami Isteri ‘Pergi’ Selamanya Akibat Kemalangan

Niat nak pergi mengundi bertukar tragis apabila kereta yang dinaiki terbabas dalam perjalanan ke pusat mengundi mengakibatkan pasangan suami isteri maut maut manakala anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun patah kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata kemalangan membabitkan Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku pada 12.08 tengah hari.
“Hasil siasatan mendapati pemandu Alza dalam perjalanan hendak ke Skudai (untuk mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Skudai) setelah selesai mengundi di Lok Heng.
“Alza yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang menghala ke Johor Bahru telah terbabas ketika melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan (menghala ke Mersing), lalu bertembung dengan Hilux,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata akibat kemalangan itu, lelaki berkenaan dan isterinya yang berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun Hussin berkata pemandu Hilux berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata ketika kejadian, keadaan jalan raya basah akibat hujan dan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Alza yang gagal mengawal kenderaannya dengan baik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : HMetro