Perkongsian resipi kali ini menarik juga untuk dicuba kerana bukan sahaja menu ini menjadi kegemaran seisi keluarga malah paling teruja katanya orang yang pertama kali buat pun pasti menjadi.
Untuk itu jom teliti bahan yang diperlukan satu persatu.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI ( Nak uli pon boleh)
Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.
Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.
Bahan A
– 1 peket yis
– 2 sudu gula kasar
– 2 sudu susu pekat
– 1 cawan air suam
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum
– 2 sudu margerin
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
7. SEDIA DI MASUK KAN DALAM PERUT COMEY.
Nampak macam panjang kan. Tp senang jer step dia. Tersangat lah mudah taw.
Sumber : Liya Liyana