
Caranya:
- Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
- Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
- Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman.
- Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
- Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Bawang Putih & Kunyit Cairkan Darah. Doktor Ni Pesan Jangan Ambil Jika Jalani Pembedahan!

Perasan tak kadang-kadang bila ada ahli keluarga kita terjatuh dan mengalami pendarahan, darah yang keluar susah untuk berhenti.Tapi ada juga terjadi, sesetengahnya begitu mudah kering.
Perbezaan cepat atau lambat ini sebenarnya ada kaitannya dengan sel platelet dalam darah kita. Jika kurang itu yang menyebabkan ‘darah cair’.
Namun jika terlalu pekat boleh pula menyebabkan penyakit arteri tersumbat dan sebagainya.Makanya darah tersebut perlu dicairkan untuk pastikan mengalir lancar di dalam tubuh.
Dan ini perkongsian dari seorang saintis buat yang akan menjalani pembedahan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan yang serius. Jom baca moga bermafaat.
KUNYIT DAN BAWANG PUTIH SEBAGAI ‘UBAT’ CAIR DARAH
Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.
Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.
Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.
Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum
Sumber : Dr. Suri Roowi
Mengadu Masalah Buncit Pada Suami, Tak Jadi Apa. Tapi Bila Amal Ni Boleh Selesai!

Bimbang dengan keadan berat badan yang bertambah dan sekali gus menyebabkan perut terlihat buncit, tentu ada juga antaranya meluahkan rasa kepada En suami. Tapi adalah lebih baik jika anda ambil langkah ini. Amalkan minuman herba dan dapat lihat kesannya.
Memandangkan ramai juga yang telah amalkan dan berjaya, dan resipinya telah dikongsikan oleh Fyra Tasya II di akaun Fbnya. Jom semak pekkongsian tersebut.
Ramai sangat mengadu macam mana nak kempiskan perut yang macam pregnant. Macam mana nak turunkan berat badan dah tak larat nak bawak lemak-lemak dalam badan ni.
Ni fyra share petua paling mudah. Guna bahan-bahan yang ada dekat dapur jerr. Yang penting tidak membahayakan kesihatan. Selamat sangat petua ni.
Hanya perlu minum 2 kali sehari. Pagi sekali dan malam sekali. Amalkan setiap hari tau. Jangan sekali minum jerr. Kalau sekali minum jer macam mana nak menjadi.
Nak berat turun dengan pantas , perut kempis, dan kulit cantekk ?
DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MUDAH
Bahan-bahan yang diperlukan
Serai
Halia
*Asam keping
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Air
* tambahan sendiri. Ikut kita nak letak banyak mana. Nak lagi sedap boleh tambah madu dengan lemon.
sumber : Fyra Tasya II
Tak Payah Cuba, Aiskrim Dicampur Ubat Batuk Di Minta Hentikan Segera Jualan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan arahan kepada semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ais krim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) agar menghentikan serta-merta penjualan produk itu bagi keselamatan pengguna.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati ais krim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Kementerian itu menyebut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan,” menurut kenyataan itu.
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan sentiasa berhati-hati semasa membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.
Ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah kategori Tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak serta batuk dengan kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label. – BERNAMA
Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my