Ruang yang sempit pasti membuatkan ibu-ibu rasa pening dan ‘sakit mata’ terutama untuk meletakkan bahan pencuci. DIY barangan di rumah, antara aktiviti hujung minggu yang cukup bermanfaat.
Selain mengemas dan mencuci pakaian boleh juga cuba aktiviti DIY ini menggunakan bakul untuk menempatkan pencuci pakaian dan sebagainya.
Kaedah yang dikongsikan ini menyelesaikan masalah ruang yang terhad serta membuatkan ia nampak tersusun kemas serta praktikal.
Yang penting kaedah ini juga menjimatkan kos kerana barang yang digunakan murah dan boleh dibeli mengikut bajet sendiri tak sampai pun RM30.
Kreatif dan jimat belanja cara yang ditunjukkan oleh puan Nor Suhaida Saiman yang berkongsi idea DIY rak dengan menggunakan bakul.
Mudah sangat dan menjimatkan dengan kaedah ini. Boleh diletakkan barang-barang laundry. jom Cuba tiru cara ini.
Aktiviti diy hujung minggu bsama en.suami😅 br bljr…rs2 wat 5 lubang jer..yg slebih2nya en.suami yg buatkan..hihi.. 🤗🤗🤗🤗
Bakul 3pcs × rm2.30 = rm6.90
Roda 2pek × rm2.30 =rm4.60
Bentuk L(xtahu nm😂)
* 2pek × rm2.30 = rm4.60
Ads
Skru (bl kat hardware) = rm12
Total = rm27.80 shj
Barang semua kat ecoshop:
🛒https://shp.ee/rfh98mb
Rak ala troli ini sangat berguna walaupun nampak simple je. Yang penting mudah dan murah.
Sayur hijau ini bukan sahaja enak dimakan malah ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan diri. Antaranya adalah membantu merawat kencing manis dan selain mengekalkan keremajaan kerana sayur bendi mengandungi antioksidan.
Pengguna Facebook, Mayee Nazrich berkongsi khasiat kacang bendi setelah melihat seorang datuk berusia 86 tahun masih kuat dan cergas mengerjakan hasil tanaman. Ini rahsianya yang perlu anda tahu dan cuba untuk kekal sihat dan cergas.
Atuk 86 tahun tapi masih kuat
Atuk ini mampu mengerjakan hasil ternakan dan ladang seluas 5 hektar. Malah, dia juga tiada sebarang penyakit sejak mengamalkan minuman air rendaman bendi sejak berusia 30 tahun lagi.
Mudah je caranya
Juga dapat melembutkan kulit
Mengurangkankekejangan sendi
Banyak khasiat dan kelebihan pada kacang bendi ini dan tidak ramai antara kita yang tahu terdapat 16 keistimewaan kacang bendi.
untuk tujuan ini, anda hanya memerlukan 2 batang bendi dihiris kecil dan direndam dalam air putih. Amalkan dalam masa 2 minggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas yang dialaminya apabila tayar kereta yang dipandu tiba-tiba pecah dan terbelah dua. Pengalaman ngeri ini diceritakan sendiri olehnya di entri terkini laman sosial Instagramnya.
Ketika kejadian berlaku, Zarina bersama ibu dan seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil. Bertambah bahaya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kenderaan yang dibawanya berada di sebelah lori.
“Masa pergi okay masa balik hari hujan lebat, saya tak bawak laju sebab bawak anak dengan mak. Masa tayar tu meletup tepi belah kiri ada lori, kereta saya dah hilang haluan.
“Saya pegang handle kuat-kuat dah hanya mampu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim.
“Saya terbau benda terbakar risau saya. Nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya. Saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat-rapat. Ya Allah permudahkan lah,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tambah Zarina lagi, walaupun cemas namun dia sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab untuk menenangkan Azil yang ketakutan.
“Azil agak takut dia duduk diam-diam pegang tangan saya. Kita orang nak terkencing pun kena tahan. Terima kasih atas doa doa semua, syukur alhamdulillah. Mak saya dapat saya bawak balik KL walaupun dengan keadaan begini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan kepulangannya ke Perak adalah untuk mengambil ibunya pulang ke Kuala Lumpur adalah tidak dirancang. Disebabkan itu juga, Zarina turut dimarahi suaminya kerana suka melakukan sesuatu perjara tanpa perancangan selain tidak memaklukan kejadian itu lebih awal.
“Saya sampai rumah dengan selamat. Sampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami akhirnya kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buluh baru teringat nak bagitahu suami. Abah, ibu gerak ke Ipoh ambik mak rindu sangat kat mak. Ina bawa Azil sekali.
“Dia kata boleh ke handle tu sorang-sorang. Insya-Allah boleh. Kereta okay ke, saya kata okay sahaja. Padahal saya tak check pun. Saya tahu check minyak je.
“Dia pun tak cakap apa-apa, saya dah gerak. Dia tahu isteri dia ni main redah je pergi mana-mana. Bagi saya, saya curi-curi masa yang ada, kebetulan saya free,” tambahnya.
Berikut merupakan tips atau langkah penting yang perlu anda lakukan sekiranya tayar kereta pecah ketika memandu:
Kawal diri, jangan tekan pedal minyak
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kawal diri anda. Cuba bertenang dan jangan sesekali tekan pedal pendikit atau brek. Ingat, meskipun tayar kereta akan mula membelok dan bergegar, namun anda perlu tahu bahawa kereta itu sebenarnya masih kekal seimbang. Jadi, kekalkan sahaja kaki pada posisi pedal sedia ada.
Untuk makluman anda, apabila brek ditekan secara mengejut, tayar akan mula terkunci dan pemandu akan mula hilang kawalan stereng, dan seterusnya menyebabkan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan.
Apabila tayar terkunci, ia akan meningkatkan peluang kereta untuk roll over memandangkan berlaku ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah secara tiba-tiba.
Jangan brek secara mengejut
Jika sudah cemas, otak kita kadang kala sememangnya secara automatik akan terus menghentam pedal brek. Namun, jika boleh jangan lakukannya. Jika brek ditekan secara mengejut, ia boleh menyebabkan kereta hilang imbangan lalu berpusing dan terbalik, selain merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.
Jika kereta anda mempunyai ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), maka ia mungkin akan membantu anda. Namun untuk kenderaan yang tidak ada, anda perlu menahan diri daripada menekan brek secara mengejut ya.
Jika anda perlu juga brek, cuba brek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.
Kawal stereng dengan perlahan
Roda stereng adalah komponen yang sama mengawal roda tayar. Secara amnya, tayar kereta akan mengikut haluan yang dibawa oleh stereng. Namun dalam situasi tayar pecah, ia akan berubah. Mungkin jika anda mahu belok ke kiri, kereta anda akan belok ke kanan dan sebaliknya.
Ingat, meskipun tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sama lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Contoh, jika tayar depan kiri pecah, stereng kereta anda secara automatik akan cenderung belok ke kiri kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.
Jadi, cuba pegang stereng dengan kuat dan pastikan kereta terus bergerak lurus ke hadapan.
Rendahkan gear
Anda memandu kereta auto? Jadi, terus turunkan gear daripada D4 ke D3 dan D2. Jika kereta yang dipandu anda pada ketika itu pula adalah kereta manual, segera tukar gear tanpa menekan klac.
Ini bagi memastikan anda dapat menghentikan kelajuan kereta secara selamat dalam situasi seperti ini.
Kekal pada lorong sama
Cuba kawal kereta dalam laluan atau lorong anda sedang memandu pada waktu itu. Apabila anda sudah berjaya memandu dalam keadaan yang lurus, biarkan kereta anda berhenti secara sendiri dan perlahan-lahan ke tepi (pada ketika ini, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan).
Walau bagaimanapun, pastikan tempat anda memberhentikan kereta itu adalah selamat dan tidak berisiko untuk menyebabkan kemalangan lain.
Nyalakan lampu kecemasan
Apabila sudah berhenti dengan selamat, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain. Ini bagi memastikan pengguna lain lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri kereta anda.
Kemudian, anda boleh mula menukar tayar kereta anda dengan tayar spare yang ada di dalam kereta. Jika anda tidak arif, anda juga boleh mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda yang disediakan oleh syarikat insurans anda.
Daun pisang banyak digunakan dalam penyediaan kuih dan masakan. Antaranya sebagai pelapik nasi lemak yang bukan sahaja selamat digunakan malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...