Geram bila tengok kesan kotoran pada ksuyen kereta. Nak-nak lagi kotoran akibat sisa makanan yang ditinggalkan anak-anak. Nah cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Farizah Mohamed menerusi facebooknya. Cukup mudah, buat sendiri je, tak perlu hantar ke kedai. Jom tengok caranya!
Nak share benda best utk CUCI KUSYEN KERETA! Xde la berpeta/berdebu lagi. Boleh utk carpet, sofa & tilam gak! Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat mr diy rm6+ je Mmg puas hati~ Sy ajar camne nak cuci bagi bersih ye
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg sy beli ni rm6.75 warna merah tu. Yg lagi 1 tu tough stain rm15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Sy beli yg rm6+ ni sb siap ngan berus sekali hehe
Langkah-langkah: 1) vacuum dulu kusyen kereta tu, jadi habuk/debu besar2 x kacau nnt 2) lepastu amik tin foam cleaner ni dan goncang2 dulu, jarak lebih kurang 10cm dari kusyen tu spray je. Byk pun xpe, nanti kluar buih2 putih. Kena goncang dulu tau!
Ads
3) Lepastu guna berus dia bagi tu utk gosok bagi rata dan supaya meresap dlm kusyen tu.
Ads
4) Tunggu dalam 2-3 min camtu biar dia meresap lepastu boleh berus lagi pakai berus atau lagi best amik kain basah dan tonyoh2.
5) Lepastu klau x puas hati spray la lagi. Kesan kotoran yg dah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering 6) Tadaa~ bersih dah! Jimat pun jimat!
Ads
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai. Selamat mencuba~
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kelibatnya dalam acara papan selaju di Sukan Asia 2018 mencuri tumpuan. Apa tidaknya, dia merupakan atlet paling muda kontinjen Malaysia kerana baru berusia 11 tahun.
Malah, pakaiannya yang luar biasa apabila mengenakan seluar sekolah dan tali pinggang Kikilala turut menjadi bualan netizen.
Rupa-rupanya bukan hanya itu sahaja. Ada kisah lain yang sungguh mengharukan. Ayahnya yang juga pengurusnya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk datang ke Palembang dan melihat anaknya bertanding.
Sungguh menyedihkan bila membaca kisah adik cilik ini.
Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.
Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.
Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.
OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.
Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.
“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.
Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.
Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.
“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.
ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.
Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.
“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.
“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.
Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.
“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.
“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Hati keras lelaki ada kala boleh menjadi lembut dan tidak mustahil merajuk dengan pasangannya. Hal ini kerap berlaku apabila lelaki rasa terpinggir kala wanita terlalu melebihkan hal-ehwal kerjaya ataupun terlalu melayani anak-anak.
Bagi isteri yang berdepan dengan suami merajuk, masih ada ruang untuk anda memperbaiki keadaan. Bukan hanya wanita yang suka dipujuk rayu, lelaki juga apa kurangnya. Walaupun mereka kelihatan gagah perkasa namun di sebaliknya mereka turut perlu dimanjakan. Bak kata orang zaman sekarang, dalam hati ada taman.
1) MINTA MAAF Mulakan proses memujuk dengan meminta maaf terlebih dahulu. Cara minta maaf itu terpulang pada kreativiti anda. Ada yang lebih suka minta maaf di meja makan kala bersarapan pada cuti hujung minggu. Ada yang lebih senang minta maaf kala sedang sama-sama menonton televisyen. Malah ada juga yang lebih selesa minta maaf ketika di atas katil sebelum melelapkan mata.
Bisikkan kata minta maaf di telinganya. Katakan yang anda minta maaf kerana membuat dia merajuk. Sebagai isteri, pasti kita tahu kelemahan suami yang mampu membuatkan dia ‘cair’. Mungkin dengan nada suara, atau mungkin dengan sentuhan jari anda. Gunakan skil menggoda anda untuk memastikan dia memaafkan anda dan menghilangkan rasa merajuknya itu.
2) BUAT SURPRISE Apa kata anda buatkan satu kejutan untuk suami yang sedang merajuk itu? Misalnya anda pulang awal ke rumah dan masak hidangan kegemarannya. Kemas rumah dan semburkan haruman yang digemari suami ke sekitar rumah.
Biarkan dia terasa kelainan kala masuk ke rumah apabila pulang dari kerja. Bau harum pasti menyamankan suasana. Lalu lebih menggembirakan hatinya apabila melihat hidangan istimewa sudah ada di atas meja untuk dinikmati bersama.
3) BETULKAN KOMUNIKASI Komunikasi dua hala sebenarnya sangat penting dalam hubungan suami isteri. Sebuah perkahwinan tidak akan memberi erti kebahagiaan sebenar jika tiada komunikasi. Dalam kes suami merajuk, cuba anda bertanya kepada pasangan punca si dia merajuk. Ada kala puncanya hanyalah hal kecil.
Pun begitu, jangan anggap hal kecil pada anda itu juga merupakan hal kecil bagi si dia. Bagi sesetengah orang, hal itu adalah sebuah hal besar. Jadi, sebagai pasangan, kita juga perlu menghormati perasaan pasangan kita walaupun dia ialah lelaki yang kita anggap ‘kebal’ daripada perasaan kecil hati.
Di sinilah letaknya kepentingan berkomunikasi. Beritahu pasangan apa-apa sahaja hal boleh menyebabkan kita berkecil hati supaya kita boleh elakkan hal-hal merajuk.
4) JANGAN ULANG KESILAPAN Apabila kita telah tahu perkara yang menyebabkan suami merajuk, maka usahlah diulangi lagi kesilapan yang kita lakukan. Misalnya, walaupun dia merajuk hanya disebabkan kita terlupa membuat sambal belacan yang telah dipesan, berjanjilah dengan diri sendiri yang kita tidak akan terlupa lagi pesanan kecil daripada suami.
Tawan kembali hatinya. Balut luka di hatinya. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Usah disakiti hatinya. Layarilah rumahtangga dengan persefahaman dan kecapilah kebahagiaan di dunia ini.
Sumber: bercintaselepasnikah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.