Cara Mudah Cuci Bunga Hiasan Berdebu. Guna 3 Bahan Jer,  Syaratnya Jangan Campur & Rendam. Hasilnya Bersih Macam Baru Beli

Share

Meletakkan jambangan bunga pada sudut tertentu di dalam rumah pastinya menaikkan lagi keserian. Kalau guna bunga hidup tidak tahan lama, mahal pula harganya.

Jadi lebih baik guna bunga palsu. Tapi yang lecehnya bunga ni kena selalu cuci sebab cepat kotor.  Jangan pula anda terus buang nanti membazir. Kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan.

Ini antara cara mudah untuk mencuci bunga hiasan yang dikongsikan oleh puan Hani Mynis.

Langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers.

1. Kumpulkan semua pokok/ bunga palsu yang ada.

Kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum tu, tip ini khas utk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.

2. Susun ikut kategori

Sama ada kategori jenis material pokok/bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain . Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.

3. Ambil gambar kalau bunga gubah di kedai

Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali mmg berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.

4.  Ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu.

Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.

5. Boleh mulakan mencuci

Sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.

6. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan

Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.

7. Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari.

Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai. Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. So bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.

8. Kalau bunga berpasu

Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.

9. Bilas dan jemur.

Semasa membilas pun tak  perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).