
Adakalanya waktu memasak berlaku kejadian minyak tertumpah di lantai. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.
Jadi bagaimana nak bersihkan tumpahan cecair ini? Jadi apa kata cuba tip yang dikongsikan ini. seorang Chef bernama Ashiqin Sadikun ada berkongsikan caranya membersihkan minyak yang tertumpah di lantai dengan mudah.
Cukup mudah dan bahan pun simple je iaitu tepung serta sarung tangan, cara ini pastinya berkesan untuk anda membersihkan minyak yang tertumpah di lantai rumah anda.
Caranya dengan menggunakan tepung je. Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar serap seketika. Kemudian barulah mop lantai tersebut. Confirm hilang kesan minyak tu dan lantai tak licin lagi.
Untuk lebih lanjut , ikuti video tutorial seperti yang dikongsikan oleh Chef ini seperti berikut:
Stok Beras Di Rumah Tak Luak-Luak, Segera Buat Ni Untuk Elak Bubuk!

Tuntutan kerja kadang-kadang menyebabkan seorang ibu terpaksa sering pulang lewat dan atas sebab ini juga ada sebahagian antara kita jarang dapat memasak. Selain itu, ada juga sebahagian keluarga di mana anak-anaknya kurang gemar makan nasi dan lebih suka makanan barat, menyebabkan ibu tidak memasak nasi.
Bila ada dua situasi ini terjadi, tentunya stok beras yang sedia ada di dapur tidak luak-luak dalam tempoh masa yang terlalu lama. Hingga akhirnya boleh menyebabkan kutu beras pula membiak dan seterusnya akan memakan isi beras. Jika tidak dihapuskan, akhirnya beras yang simpan akan menjadi hampas dan tidak boleh di makan lagi.
Oleh itu, segera selamatkan beras yang disimpan daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
“Sumpah Papa & Mama Rindu Kan Mu.” Allah ‘Pinjamkan’ Setahun Saja, Ayah Ni Kongsi Detik Terakhir Bersama Anak Buat Ramai Tumpang Sayu.

Ibu bapa mana yang tidak sedih dan pilu apabila anak yang baru setahun dicurahkan kasih sayang, kini sudah kembali kepada PenciptaNya. Sementelah ‘pemergiannya’ adalah mengejut tanpa sebarang tanda.
Itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Bustaman Rusli yang baru kehilangan anak perempuan bongsunya akibat jangkitan kuman dalam darah.
Di dalam perkongsian tersebut, Bustaman memberitahu, anak perempuannya sangat baik dan tidak pernah rasa susah membesarkannya walau sesaatpun. Malah sebelum ini, kesihatan arwah sangat elok dan tidak memiliki apa-apa penyakit yang serius.
Namun, segalanya bermula selepas dia mengalami demam pada hari Jumaat awal bulan Mei lalu. Setelah bawa berjumpa doktor, arwah disahkan hanya mengalami demam biasa dan namun ada kemerah-merahan pada tonsilnya. Perkara ini berlarutan, dan hari seterusnya bawa anak tersebut untuk ujian darah.
Ketika itu, doktor yang merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dalam darah dan keadaan masih terkawal. Cuma perlu berikan ubat antibiotik mengikut waktu yang ditetapkan. Pada malam itu, arwah tidak dapat tidur dan sentiasa merengek. Mungkin itu adalah satu isyarat bahawa dia akan pergi buat selamanya.
“Pukul 8.30am kami ke bahagian kecemasan IIUM Medical Center. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr. Tepat jam 10.30 pagi pada 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya.”
Menurut Bustaman lagi, mungkin ini telah ditetapkan oleh Maha Pencipta untuk dia memiliki hanya anak lelaki sahaja. Semoga Rania menunggu mereka di pintu Syurga nanti. Tenanglah di Sana.
Berikut luahan hiba dari ayah arwah rania menerusi laman facebooknya.
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania..
Haisha =kehidupan, sihat, riang.
Rania = kesenangan, kesukaan, ratu.
Pinjaman Allah kpd kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkn ini hanya lah sebuah mimpi.
Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Namun semua itu x kan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lwt dan tidak cpt sesaat pn.
Rania anak baik, x penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania x de sejarah kesihatan yg buruk, x penah warded, xde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke KK Beserah pd hari isnin utk blood test.
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3am, Rania mula lain dr kebiasaan.. Rania x dpt tido lena, merengek sesekali, tidak mahu tido.. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
Pukul 8.30am kami ke emergency iium Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama.
Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Sumpah papa dan mama rindu kn mu.
Sumber: Bustaman Rusli
Resipi Puding Trifle Senang Nak Buat & Lagi Mudah Nak Makan Bila Buat Versi Dalam Cup!

Bagi anda yang terfikir-fikir untuk menyediakan menu puding sebagai hidangan pencuci mulut untuk majlis tertentu, apa kata anda sediakan Puding Trifle versi dalam cup ini. Jadi mudahkan untuk dimakan, ambil satu bekas untuk sekali makan.
Jika kebiasaannya puding trifle ini dibuat secara disusun berlapis-lapis di dalam trifle bowl untuk menampakkan lapisan-lapisan dessert yang ada di dalamnya. Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek swiss roll, kemudian dilapiskan dengan kastard, buah buahan, jelly, whipped cream atau sebagainya mengikut citarasa.
Jadi kali ini jom kita buat puding trifle versi dalam cup sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa.
RESEPI PUDING TRIFFLE VERSI DALAM CUP
Bahan-bahan :
1 biji kek swiss roll (pilih warna hijau perisa pandan)
1 kotak jelly (brand nona pilih kotak warna merah perisa strowberi atau raspberi)
1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 cawan air
Ekstra Tip:
* Kalau tak nak guna buah koktel boleh je ganti dengan buah tin lain seperti buah pic, buah laici, buah longan
*Bahan dan step buat sama ja kalo guna bekas atau loyang.
*Resepi ni boleh dapat 25 cup pendek dan kecik yang biasa orang buat dadih tu. Saya dabelkan resepi sebab nak buat 50 cup.
Cara Membuatnya :
1.Potong kek swiss roll pastu isi dalam cup. Terpulang nak potong tebal mana. Agak-agak 1/4 tinggi cup tu just nice.
2. Kemudian tuang adunan kastard. Adunan kastard ni buat macam ni. Campurkan 1 tin susu cair, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan air dan 1/2 cawan gula.
Kacau di bawah dulu, baru kacau di atas api. Kena kacau non stop guna api kecik sampai likat, berkilat dan keluar letup letup.
**Kalau nak cair sikit, air tu masukkan 2 cawan.
3. Tapiskan air buah koktel. Kemudian susun buah koktel di atas lapisan kastard. Tekan tekan sikit buah koktel tu guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.
4. Setelah itu tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni,
Campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalo guna dua kotak just dabelkan air.
Kena tuang perlahan-lahan atau ceduk guna senduk sebab nak elak buah koktel tu terapung apung.
5. Tutup cup dengan penutup. Nampak kan 3 layer warna macam lampu isyarat tu?
Ready simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap
Sumber : Yusma Mustafa
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!