Pulut kuning memang antara menu kegemaran ramai. Dapat makan bersama rendang mahupun gulai sedapnya kan.
Tapi ada yang masih kurang yakin nak buat sendiri. Tak kena caranya bole buat pulut mentah dan sebagainya.
Untuk newbie yang nak masak sendiri pulut kuning boleh cuba resipi dari puan Mulia Nis
menerusi facebooknya.
Katanya cara ini cukup mudah, cepat dan tak payah rendam beras pulut itu.
Masak pulut kuning cara org malas Dan nak cepat..
Bahan:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan
1 cawan air
Sedikit garam
Serbuk kunyit
Caranya:
Cuci pulut
Masukkan air atas paras pulut
Santan
Tambah garam kunyit
Masuk dalam pengukus
Kukus sampai masak
Kacau pulut biar sekata santan
Kalau dah masak ok boleh lah hidang
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club