Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja kes buang bayi. Sebak, sedih dan marah antara perasaan yang diluahkan netizen dek perbuatan yang tidak bermoral itu.
Terbaru, seorang bayi yang baru usia sehari ini menyentuh hati netizen kerana ditinggalkan dengan sekeping nota yang berbunyi:
“Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih.”
Demikian tulisan tertera bersama seorang bayi lelaki awal semalam. Bayi lelaki tersebut dilaporkan ditemui di pintu masuk sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh pada jam 6 pagi oleh ahli kariah surau berkenaan.
Saat ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan dengan sekeping nota dan lengkap berpakaian berwarna biru bersama sarung tangan dan diselimuti kain pelikat.
Bayi berkenaan didakwa masih hidup dan sihat. Gambar itu sedikit-sebanyak menimbulkan rasa sebak penduduk tempatan dan rata-rata netizen yang melihatnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, penduduk tempatan yang menemui bayi lelaki itu menghubungi Balai Polis Kampung Baru Subang.
“Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan tidak mempunyai sijil kelahiran dan usianya dipercayai sehari.
“Pemeriksaan tali pusat bayi berkenaan mendapati tali pusat sudah dipotong,” katanya.
Shafa’aton berkata, pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh di tempat kejadian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal dan stabil.
“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.
“Pemeriksaan di tempat kejadian dapati tiada kamera litar tertutup (cctv). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Gambar itu mendapat reaksi dari orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan kecewa dengan perbuatan si ibu yang sanggup membuang bayinya sendiri.
Rogayah DinKalau ibu yg betul2 syg ank dia….rsa nya x akn tinggalkn bby tu .
Tanda2akhir zaman..hilang rsa kasih & sayang..sebagai OPAH..Sebak sayu .sambil mndoakn agar Bby ni selamat dunia akhirat..Aamiin
Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?
Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?
Tu la orang yang dah kahwin berpuluh tahun tak dapat punya anak.orang yang dapat anak dibuang buang pulak.ape dh jadi ngan dunia ni.
Tak kurang yang memberi komen menyebelahi ibunya yang pasti terpaksa berbuat demikian.
Megat Hamid Megat Ali Tengok baby tu elok, mesti wangi.. kita pon tak tau apa masalah ibu ni, moga semua dipermudahkan.
Cahaya CahayaDlm lengkap berpakaian..sarung tangan dn selimutkan baby tu terlihat ad juga rasa kasih seorg ibu pd anknya..mungkin terpaksa n keadaan memaksa si ibu lepaskan anaknya tu..??
Intan SuerayaIbu nye syg dia.. tapi Keadaan memaksa dia berpisah dgn ank nye..
kita tgk ank nye elok d pakaikan baju cantik,sarung tgn sume siap.. siap nota lg…
dia benar2 syg .. mgkin prasaan takut tu dtg, dia terpksa buat camni… smoga bertaubat dik… Allah Maha Pengampun..
Umy Suliza Sulaimanbilaa ada ibu buang ank bunuh ank .. ramai meroyan kata bagii laa org .. xde hati perut bunuh ank mcm tu yada yada yada .. bila dia bagii org .. org ckp pulaa patut buat DNA test dekat mlysia nii senang nk trace mak bby nii .. senang nk report laa ape laa .. xpaham netizen mlysia nii nk ape sbenarnyee .. Xnmpak ke ibu tu syg ank dia .. elok dipakaikan pkaian .. cuma kita xthu masalah dia .. cuba trime dgn hati yg trbuka jgn nk sempit sgtt otak tu krja nk kecam org xhabis2 ..
Sumber: Harian Metro Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi usahawan fotografi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di