Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur. Campur Susu Boleh Terus Minum. Tahan Sampai Berbuka!

Share

Ramadan bakal menjelang tak lama lagi, jadi nak memudahkan ibu-ibu menyediakan susu kurma untuk bersahur, apa kata buat je stok kurma.

Cukup mudah, dah siap simpan dan bila nak minum, campur kan je dengan susu terus minum.

Resipi ini dikongsikan oleh puan Nadiah Latfi . Selamat mencuba!


Stock pati kurma utk sahur. Campur dgn susu & ready utk minum. Minum ni je pon dah cukup utk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus 😜. Selamat berpuasa semua.

1) buang biji & basuh kurma

2) stim 20min

3) blend sampai hancur

4) simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge

5) campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yg sedap di tekak masing2). Ready utk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc. 😇

~~feel free to share