Cara mudah sediakan Kek Gula Hangus @ Sarang Semut. Hanya guna periuk dan dimasak didapur biasa. tetapi hasilnya memang menjadi. Yang penting tak perlu perap lama.
Jom admin kongsikan resipi yang disediakan oleh puan Hanizah Ahmad Sabar. Kek gula hangus @ sarang semut.. dah biasa buat tapi kali ni lain sikit masak atas dapur gas dalam peyok je..
x perap pon
ok..ni respi ye semua…. Bahan:
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh serbuk vanila
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan gula
air 1 cawan
3 sudu Planta/ marjerin
2 sudu minyak masak Cara membuat:
– kacau rata sampai berbuih, guna sudu je
– Masukkan pula 1 cawan tepung gandum jangan penuh sangat. Kacau rata.
– Masak 1 cawan gula sampai warna perang, kemudian masukkan air 1 cawan
– Kacau sampai larut
– Sudah suam tuang dalam adunan tadi, kacau
– Cairkan planta atau marjerin
– Sejukkan dulu, gaul semuanya
– Tapis dan bakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Ayu Damit, 33, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah buat kali kedua untuk menunaikan ibadah umrah.
Mengakui ini adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19, dia bagaimana pun bersyukur kerana suami memahami dan mengizinkan untuk pergi.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan.
“Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami.
“Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya,” ujar pelantun lagu Hanya Di Mercu ini lagi.
Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik.
“Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.
“Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah,” katanya.
Kudapan rempeyek memang enak dimakan ketika waktu santai sama ada minum petang atau malam. Jika makan, tentu nak lagi!
Jika asyik beli je, apa kata kali ni buat pula. Ikuti perkongsian wanita ini menerusi facebooknya RJ Ibrahim yang telah mendapat share lebih 19K.
Ikuti perkongsiannya.
Jom buat Rempeyek..sudah dua hari berturut2 buat ni untuk anak2..yg tinggal bekas je..kudap2 musim pkp Resepi
Tepung Beras 2 cwn- cap teratai
Telor sebiji
Santan setengah kotak-kecil
Bwg putih 2 ulas-tumbuk
Jintan manis sesudu kecil -tumbuk
Jintan putih sesudu kecil -tumbuk
Bilis-tumbuk sikit
Bilis dan kacang tanah utk tabur – kcg tak pyh sangai tak pyh jemur
Air 2 cawan – agak2 lah
Garam
kacang tu basuh je tak pyh goreng dulu
Letak kacangIkan bilisGoreng
*kalau nk rasa pedas sikit bubuhlah sesudu cili kering blend
*Mak-mak kita dulu buh kapur mkn sikit utk rangup tapi tak pyh..inipun dah rangup krup krap
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.