Tidak sempurna rasanya kalau makan mi goreng, mi kari atau chai kue tiaw tanpa kombinasi cili jeruk sebagai penyedap rasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau makan di luar memang selalu ada sahaja cili jeruk ini terhidang di atas meja. Namun kalau makan di rumah, jarang sekali disediakan dek kerana dianggap tidak begitu penting pula.
Jadi apa kata, untuk pastikan hidangan mi yang dimasak bertambah enak rasanya sebaiknya gandingkan bersama cili jeruk yang disediakan sendiri. Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.
Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba!
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk.Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”
Perkongsian kali cukup berguna untuk peminat tegar masakan bersambal. Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.
Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya, anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…
inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…
Bahannya :
40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis
Cara buat :
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye, guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
selamat mencuba.
sumber : Mim Nazihah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk memudahkan persiapan mengisar bahan mentah sebelum proses memasak dilakukan.
Sama ada hendak kisar bawang, cili kering, kekacang, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar. Tanpa pengisar, pastinya tugas memasak menjadi lebih rumit dan proses penyediaan makanan juga akan menjadi lebih panjang.
Jadi sebab itulah Pengisar Panasonic MX-V310KSL dijamin boleh memudahkan kerja-kerja mengisar bahan masakan.
6 SEBAB BLENDER NI PALING TERBAIK!
Ada 6 Kekunci Auto
Anda boleh memilih kekunci yang sedia ada mengikut kesesuaian menu dengan pengisar ini. Sama ada untuk menyediakan jus, smoothies, sup, makanan bayi, puding, kekacang malah mengisar ais batu sekali pun boleh.
Kuasa Maksimum Putaran Motor 600W Dengan Teknologi V&M
Rekaan dinding balang bahagian bawah lebih sempit berbanding bahagian tengah akan membentuk putaran yang dinamik agar memastikan bahan-bahan yang dikisar berputar sempurna.
Bilah Pisau Bergerigi
Keunikan lain pengisar ini apabila ianya boleh digunakan untuk mengisar pelbagai jenis bahan, maka bilah pisau yang digunakan adalah yang hebat dan terbaik. Direka dengan bentuk melengkung dan bergerigi bagi menjamin kisaran yang lebih halus.
Mudah Dibersihkan
Hanya dengan mengisi air dan bahan pencuci pinggan ke dalam pengisar, kemudian tekan kekunci P2, pengisar sudah dibersihkan sepenuhnya. Begitu mudah, cepat dan pantas.
Tersedia Bekas Kaca Untuk Kisaran Kering
Bila menggisar bahan-bahan kering seperti kekacang, rempah dan sebagainya dengan menggunakan bekas kaca akan menjadikan bahan kisaran tersebut tidak melekat pada dinding bekas dan mudah untuk dicuci, sekali gus lebih bersih.
Saiz Praktikal
Ukuran balang pengisar praktikal dan berupaya memuatkan bahan kisaran hingga 1.5 L. Oleh itu, tidaklah perlu mengisar berkali-kali untuk menyediakan bahan dalam kuantiti yang banyak.
Nyata, bila anda menggunakan pengisar Panasonic MX-V310KSL ini memang terbaik bukan? Ia hanya berharga RM282.10. Jadi semestinya proses menyediakan bahan masakan menjadi lebih pantas dan cepat.
Kata mudahnya, sebut sahaja keluarga teringin nak makan apa, semuanya boleh. Untuk itu, apa kata anda cuba sediakan 3 menu ini. Selamat Mencuba!
GULAI DAGING TETEL BERSERTA NANGKA MUDA BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1liter santan kelapa
3 sudu makan rempah gulai daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3sm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3sm halia
2sm lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Kemudian panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisa, kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan serai, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2sm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3sm lengkuas | hiris memanjang
2sm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Ambil bahan yang perlu dikisar dan masukkan ke dalam blender. Kisar halus dan ketepikan.
Kemudian panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Kemudian masukkan bahan yang perlu dikisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul ratadan kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.