Bantal antara barang yang tahan lama sehingga bertahun-tahun. Tetapi kalau dibuka sarungnya pasti akan nampak tompokan kuning kesan dari air liur, rambut basah dan sebagainya. Bukan tu je, bila dicium akan ada bau hapak.
Biasanya mungkin anda akan menjemur bantal, apa kata cuba praktikkan tip dari Nismira melalui akaun TikToknya.
Dia menggunakan 3 bahan iaitu baking soda, borax, sabun pencuci dan air. bahan yang digunakan ini ada fungsi tertentu.
Baking soda Bantu naikkan warna putih.
Borax untuk hilangkan bau busuk.
Pencuci untuk bersihkan kotoran.
Cara cuci bantal:
1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
Ads
4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
5. Biarkan bantal di dalam bekas dan jangan lupa untuk balik- balikkannya. Dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
6. Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.
7. Kemudian boleh dijemur hingga kering. Hasilnya memang buat anda teruja.
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja. Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Memastikan pintu masuk utama rumah kita sentiasa dalam keadaan baik adalah menjadi kewajipan semua. Kita sebagai ketua keluarga haruslah bertindak melindungi anak-anak dan isteri daripada sebarang anasir tidak sihat.
Soal keselamatan rumah antara yang perlu diberikan lebih perhatian. Pintu rumah, tidak kiralah mana-mana pintu rumah kita harus dilengkapkan dengan kunci yang benar-benar kuat bagi menyulitkan sebarang proses untuk membukanya, jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison–Realtor telah berkongsi satu tips yang dipesan bapanya.
Tip ini cukup berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman kita. Jadi jom ikut cara yang dilakukan oleh wanita ini agar rumah kita lebih selamat.
Berikut adalah perkongsian beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang ke rumah dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja. Ini bagi membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Apa yang ayah saya buat adalah dengan menggantikan skru itu dengan skru panjang, 4 inci bingkai pintu rumah. Jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.
Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.”
Jadi jom cari skru yang lebih panjang dan tukarkan skru pintu kita. Mahu lebih selamat lagi, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh wanita ini.
Walaupun usaha ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia sangat membantu keselamatan kita dan keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Harrison
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak kecil lagi kita dididik oleh ibu bapa untuk menabung. Oleh sebab itu, adanya tabung duit syiling semasa kecil.
Apabila sudah bekerja, ia sudah pasti menjadi amalan yang biasa. Namun nak menyimpan sebenarnya ada tekniknya. Dengan kata lain kena ada perancangan.
Bagi yang bekerja terutama ‘fresh Graduate’ walaupun gaji sedikit, jangan jadikan ia halangan untuk menyimpan.
Sebagaimana perkongsian oleh perunding kewangan ini, bahawa ‘fresh Graduate’ boleh menyimpan sehingga RM50,000 jika betul caranya.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian ini.
1. Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa.
2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 3 tahun, dah ada RM36,000 dalam simpanan. Kalau kau buat, kau dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.
3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kau sanggup. Kalau gaji RM4,000 lagilah senang nak simpan RM1,000 kan. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.
4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Yang penting, kena mulakan simpanan tu. Lambat kau mula, lambatlah merasa kesannya.
5. Dengan RM36,000 tu, kau boleh jadi modal beli rumah harga RM200,000. Ataupun 2 rumah yang berharga RM100,000 setiap satu. Memang cukup sangatlah.
6. Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM185,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM1,000. Tapi bukanlah kau kena bayar sampai 30 tahun. Takpa. Teruskan membaca.
7. Andaikan purata dividen diumumkan 7.00%. Contoh lepas 3 tahun, tunai keseluruhan yang kau dapat adalah RM50,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.
8. Err. Okaylah tu kan. RM50K – RM36K = RM14K. Untung RM14K berbanding simpanan cara biasa. Tak faham pasal ASB Financing, boleh pm saya.
9. Dengan RM50K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM300K. Atau dua buah rumah berharga RM150K setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.
10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tu tak payah risau, penyewa boleh bayarkan.
11. Beli rumah pertama subsale ke, lelong ke, undercon ke. Kalau kau faham strateginya, ada ilmu yang sepatutnya, semua boleh buat untung. Modal pun dah ada, kan.
12. Mula kerja umur 23 tahun. Tiga tahun kemudian umur 26 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Lengkap sangat dah tu. Lepas tu, belilah rumah lagi dan lagi sampai bosan.
NOTA 1: Ini adalah kiraan secara kasar untuk memudahkan pemahaman. Ia dikongsikan secara umum. Jadi, sesuaikanlah dengan situasi dan tahap kewangan masing-masing. Nak layan ASB Financing ni selama 5 tahun pun boleh. Nanti dapat dalam RM90K. NOTA 2: Kiraan berdasarkan kadar keuntungan bank 5.05% (kadar promosi) dan dividen 7% setahun purata.
Sumber: Harith Faisal
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.