
Rupanya ada cara nak bersihkan ayam jika tak nak berbau najis dan hanyir. Mungkin ibu-ibu tak perasan akan hal ini. Jom baca perkongsian dari puan Nurulasyikin Jamaludin.
“Lama x mengepost,Ada sikit perkongsian tips pembersihan ayam supaya x berbau najis&hanyir(bau reban),sblm ni sy dah share kt wall sy,Ari ni baru nak tepek kt wall sini plk,mklmla lama nak menaip nih.
“”Okla..klu nak elakkn ayam bau najis,sila buang kantung bulat yg sy bulatkn tu,kantung tu org ckp kelenjar tp mmg berbau najis,kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sbb dah trpecah masa ayam diproses.
.Jadi, kene perati betul2 sbb wrna kantung tu mcm wrna daging ayam, kedudukan nya betul2 kt bwh buli ayam tu..buang jgn x buang gaissss. Cepit sikit dgn pisau,pastu tolak jer
Kantoi kt kedai makan sy trjmpa mende ni kt ayam goreng depa, patutla bau semacamtobat x pegi dahbuang juga bhgian2 yg geleber2 bwh thigh tu&jga bhgian2 yg anda x suka juga yg part kotor(paru2 dia paling kuat bau)
Last skali,cuci ayam pakai air yg dicampur tepung gandum(tepung lain blh jgk,tp tepung gandum paling berkesan)
Letak sesudu pun dah ok,gaul2& bilas,anda blh try bau sendiri beza dia sebelum&selepas,then baru blh masak apa2 je yg anda suka yea,gerenti selera sbb dah x hanyir
Sy try masak ayam Mandy nih,menu utk nasi Arab,aummmmm…..
Blh cari resepi kt Google
Smoga perkongsian ni berguna utk anda smua terutama pd yg belum tau tu yea.
Selamat memasak smua…. aslmlkm…..
“Tak Boleh Bayang Kahwin Awal, Lagi Ramai Anak.” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Umur Terbaik Berkahwin, Ini Reaksi Dr Halina!

Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara ini mengakui beliau sedikit lewat membina keluarga apabila mendirikan rumahtangga pada usia 38 tahun manakala Dr Halina berusia 30 tahun.
Kini usianya sudah mencecah 49 tahun dan masih berusaha untuk membesarkan anak-anak yang kecil.
“Saya berkahwin pada usia 38 tahun dan Dr Halina berumur 30 tahun ketika itu. Sangat lewat kerana pelbagai sebab. Dan kini pada usia 49 tahun, saya masih berhadapan dengan keluarga membesar dengan anak-anak berlari sekitar rumah,” ujar beliau.
Malah, Dr Sheikh turut berpandangan bahawa umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun dan wanita di usia 28 tahun.
“Saya sentiasa merasakan umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun , dan 28 tahun bagi seorang wanita.
“Pada masa itulah anda sudah stabil dari segi emosi dan kewangan, matang, dan berada di puncak karier anda.” Jelasnya lagi
Perkongsian tersebut mendapat reaksi Dr Halina. Beliay turut meninggalkan komen dengan memberitahu mereka merancang untuk berkahwin sewaktu dia berusia 23 tahun. Namun, dia beranggapan Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.
We could have gotten married when I was 23 and you were 31. But Allah has a better plan. Cant imagine kalau dah kawin awal.. Sure lah lagi lah ramai anak.. Hahahahahaha…
Wargamaya turut berkongsi pandangan dan meninggalkan komen pada perkongsian tersebut.
Sumber: drsheikhmuszaphar
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hanya Klik-klik Je Dah Boleh Simpan Duit Raya Anak Di Tabung Haji. Cukup Mudah!

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni sudah raya ke-8, dan sepanjang lapan hari ini jugalah anak-anak kita telah mengumpul duit raya.
Pastinya bukan sedikit jumlahnya dan harus segera disimpan di dalam bank agar tidak habis dibelanjakan begitu sahaja.
Ada macam-macam cara mudah untuk menyimpan duit tersebut. Ikuti perkongsian Aya Chalo ini melalui akauan fbnya tentang cara mudah simpan duit di dalam akauan Tabung Haji.
Macam kak dulu bertahun2 kak peram duit raya anak tu sbb liat ke bank, malar bz kannnn… ??
Rugi juga simpan di rumah sbb duit tu tidak boleh beranak berbanding masukkan dlm Tabung Haji. Masuk TH tahun-tahun dapat dividen.
Lagi rugi kalau mak bapa terguna pula duit raya anak tu kannn ??. Jgn macam tu mak mak, jom kita menyimpan utk masa depan anak2.
So, hari ni kak mahu kongsikan 1 tips cara mudah simpan duit anak ke Akaun Tabung Haji memasing melalui perbankan atas talian maybank2u.
Lepas ni tidak perlu berbaris, tidak perlu keluar rumah dan hanya berurusan secara online untuk masukkan duit, keluarkan duit dan check baki akaun.
So ini step-step kena buat sebelum kita boleh just klik-klik. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian katanya.
Follow setiap step ya.
?Step 1: Ibu/Bapa WAJIB ada akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank.
?Step 2: Selepas ibu/bapa daftar di Maybank, barulah boleh daftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank.
?Step 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak2 melalui website maybank2u (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing.
Mudah kan?
Inilah cara mudah kak buat bertahun-tahun setelah insoffff memeram duit raya anak.
Info : Bagi yang belum buka Akaun Tabung Haji, anda boleh buka akaun TH di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Bawa dokumen Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Aya Chalo
Betapa Berharganya Air Mata Anak, Kerana Ia Sebuah Perasaan Yang Terpendam Dalam Hati. Deep Sungguh Perkongsian Ibu Ni!

Perasan tak, bila anak menagis sahaja mulalah kita minta anak segera berhenti menangis. Terasa rimas mendengar rengekan tersebut. Apatah lagi kalau anak-anak ini mengambil masa yang lama untuk kembali diam semula, boleh hilang sabar juga dibuatnya.
Pun begitu, ada baiknya sebagai ibu kita cuba fahami dan selami perkongsian daripada seorang ibu bergelar doktor ini yang nyata ada kewajaran setiap apa yang dikongsikannya itu. Semoga dengan ini menjadikan kita sebagai ibu yang lebih matang dan bijak berdepan dengan situasi anak yang menangis.
Jom semak.
SATU KISAH, KENAPA SAYA TIDAK LAGI MEMAKSA ANAK BERHENTI MENANGIS
Adakah situasi ini selalu berlaku dalam kehidupan seharian anda? Anak tiba-tiba menangis disebabkan sesuatu, dan ayat yang selalunya keluar dari mulut kita ialah, “Kenapa ni? Janganlah menangis”
Kata kita kepada anak dengan harapan mereka berhenti menangis supaya kerenahnya itu tidak memeningkan kepala kita.
Itu salah satu sebabnya. Tapi, yang sebenarnya, saya tidak mahu anak terbawa-bawa dengan emosi sedih. Apatah lagi jika punca anak menangis itu hanyalah perkara remeh-temeh; pencil patah, ais krim sudah habis, atau digigit nyamuk. Saya fikir, ‘takkan itu pun nak menangis beriya macam baru patah kaki’
Tapi, most of the time, anak tetap juga menangis. Saya pula akan cakap “Dahla jangan menangis lagi” dengan suara yang semakin tegas, semakin tinggi. Seolahnya kuota kesabaran saya sudah semakin menipis.
Waktu itu kita terbayang kalaulah ada butang ‘stop crying’ yang boleh membuat anak secara automatik berhenti menangis, kita ingin sangat tekan butang itu supaya selesai masalah.
Bukan apa, kadang pada waktu yang sama itulah kita ada banyak kerja perlu dilakukan. Jadi, ikutkan hati mahu saja cakap ‘Yaya, mama ada banyak kerja nak buat ni. Jangan mengada-ngada nak menangis bagai ni boleh tak?’
Mujur selalunya saya hanya mengatakannya di dalam hati dan diterjemah kepada riak wajah mama yang mula berubah menjadi singa jadian hehe.
Kadang kita sendiri sudah kepenatan sehinggakan tiada lagi baki tenaga untuk melayan karenah anak yang menangis merengek tanpa sebab yang kita rasakan perlu untuk mereka menangis. Stop crying please and just let me have some rest, will ya?
Ya, kita selalunya berharap agar anak segera berhenti menangis. Atau paling mudah, tidak perlulah menangis. ‘Benda kecil pun nak menangis’ geram kita di dalam hati.
Jika anda juga selalu mengalami situasi yang sama, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yang telah banyak mengubah reaksi saya apabila anak menangis.
Sebenarnya, ini bukan soal mengubah reaksi semata-mata. Tetapi yang lebih penting, di sebaliknya ada pelajaran berharga yang saya amat bersyukur bila Allah mendidik saya. Saya kongsikannya di sini, mudah-mudahan kebaikannya dapat dimanfaatkan bersama.
Ceritanya begini:
Suatu hari, yaya dimarahi oleh babahnya di ruang tamu di tingkat bawah. Saya yang pada waktu tersebut berada di tingkat atas tidak pasti apakah kesalahan yang dilakukan yaya, namun mengagak yang mungkin kesalahan itu agak besar di pandangan ayahnya sehingga marahnya kedengaran begitu tegas. Seorang ayah yang ingin mendidik anaknya, memang adakalanya perlu menggunakan ketegasan dalam nadanya agar anak tahu yang ‘babah tak main-main. Babah serius dengan apa yang babah tegur ini’.
Tertanya-tanya apakah yang berlaku, saya terus curi-curi lihat dari tangga rumah. Namun satu perkara yang pelik pada pandangan mata saya ialah, saya lihat yaya tidak menangis sedikit pun walau dimarahi dengan sebegitu tegas oleh ayahnya. Ia hanya diam membatukan diri dan sesekali meminta maaf dengan mata yang hanya memandang lantai.
Entah kenapa, hati saya rasa tidak enak.
Sebab selalunya kalau dimarahi sedikit pun dia akan menangis teresak-esak ibarat baru saja kehilangan kucing kesayangan.
Tapi, kali ini ia tidak menangis?
‘Eh, kenapa ni?’ saya tertanya-tanya dalam hati. Tidak senang duduk saya dibuatnya bila melihat perangai pelik yaya kali ini.
Malah sebenarnya saya juga menjadi pelik. Sebab selalunya saya yang akan meminta yaya agar jangan menangis atau berhenti menangis. Tapi kali ini saya pula yang berasa tidak gembira, tidak senang duduk apabila yaya tidak menangis.
Entah kenapa, terdetik dalam hati saya ‘macam ada something wrong somewhere’.
Jadi, bila saya nampak yaya masuk ke biliknya sesudah ditegur oleh babah, tidak lama selepas itu saya mengetuk pintu biliknya. Saya buka dan saya masuk. Dan saya lihat yaya sedang berdiri di satu sudut di dalam bilik tersebut, tanpa berbuat apa-apa.
Menangis tidak. Buat apa-apa pun tidak. Hanya diam membantu.
Saya lihat wajahnya. Tiada air mata. Namun riak yang ditunjukkan membuatkan tiba-tiba, ya Allah, hati seorang mama ini rasa ingin menangis. Saya terus mendakapnya sekuat hati. Ia masih diam membisu. Membatu. Saya terus memeluknya, kali ini lebih erat.
Tuan-puan, apa yang terjadi selepas itu saya takkan mampu lupa.
Yaya tiba-tiba menangis semahu-mahunya. Ia seolah-olah melepaskan segala rasa. Kelopak matanya umpama sebuah empangan yang sebelumnya begitu menahan air mata dari jatuh, namun akhirnya empangan itu pecah dan air jatuh melimpah ruah tidak tertahan lagi.
Allahuakbar, kenapa ni sayang? Kenapa ni?
Saya terus memeluknya, dan kali ini tuan-puan, saya membiarkan dan membenarkan yaya menangis.
Menangislah sayang.
Now I know the importance of letting you cry.
So just cry, it’s okay.
I am here.
Allahuakbar, pilunya hati saya. Ia masih terasa sampai ke saat saya menulis kisah ini.
Hati saya pilu sangat, sebab satu saja yang saya terfikir saat itu. Kalaulah saya tidak datang kepadanya, tidak memeluknya, dan tidak membenarkan air mata itu untuk mengalir, apa akan jadi pada yaya?
Itu saja saya fikir, apa akan jadi pada yaya?
Perasaan apakah yang akan terus dirasainya namun tidak dilepaskan sehingga ia membuku, menanah di dalam hati?Ketidakpuasan bagaimanakah yang akan terus menjeruk hatinya di lubuk yang terdalam?
Bagaimanakah besarnya nanti? Adakah masih tercalit rajuk itu malah menjadi kian parah kerana membuku dan bernanah di dalamnya tanpa diubati?
Jika saat ini ia menangis sebegini rupa, seperti tidak mampu untuk berhenti, seperti terlalu berat apa yang ia rasai, namun rasa itu tidak dibenarkan untuk dilepaskan dan diubati, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kesannya pada diri yaya.
Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan saya untuk segera menemuinya. Untuk memeluknya. Untuk tunjukkan kepadanya ‘I care about you, sayang. Are you okay? Tell me’
Allahuakbar, saat itu saya belajar betapa pentingnya memahami emosi anak.
Betapa berharganya air mata yang mereka titiskan, kerana ia sebuah perasaan yang terpendam di dalam hati. Rasa yang jika ianya disekat, ia boleh bernanah dan meninggalkan luka yang dalam.
Ya Allah, apa yang saya buat selama ini? Sudahlah anak sedih, saya pula terus memaksanya agar jangan menangis. Berhenti menangis.
Saya tidak perasan yang bila saya buat sebegitu, kesannya sangat besar.
Sebab, the moment I stop her feeling her emotions, I stop her being a human.
Orang yang ada hati. Orang yang mudah simpati dan empati kepada orang lain. Orang yang hatinya lembut dan mudah tersentuh. Orang yang dalam hati ada taman.
Kalau anak tidak membesar dengan hati mulia ini, sebaliknya berhati keras dan tidak kisah perasaan orang sekeliling, sayalah salah satu penyebabnya. Saat saya tidak kisah perasaannya ketika ia merasa sesuatu.
Sepatutnya saya cuba memahami, apa yang anak sedang rasakan. Kenapa anak rasa seperti itu?
Itulah pelajaran berharga yang Allah didik saya hari itu. Apabila saya di sisi yaya saat ia sebenarnya bergelut dengan perasaan yang mencengkam jiwa, bertanya “Are you okay, sayang? Kenapa ni?”, rupanya itulah bahagia.
Bahagia buat yaya kerana merasakan ibunya prihatin dengan perasaannya. Bahagia buat saya kerana dapat menunjukkan yang saya menyayanginya saat ia benar-benar memerlukan kasih sayang itu.
Bahagia.
Saya belajar melalui peristiwa ini bahawa bahagia bukan dirasai ketika anak tidak menangis, tidak banyak karenah. Tapi ia adalah rasa yang menyelinap dalam seluruh jiwa saat kita berada di sisinya, bertanyakan “Are you okay, sayang?”
Tell me. Let me know.
Tanya anak, apakah perasaan mereka?
What do they have got to say?
What do they have in mind?
What do they feel?
Tanya, itulah kata kuncinya.
Tanya, instead of just paksa anak berhenti menangis, berhenti bergaduh, berhenti bercakap.
Saya semakin memahami ini apabila satu hari terbaca sebuah hadis. Cantik sekali mutiara yang dikongsikan di sebalik apa yang baginda Rasul ajarkan ini:
Hasan atau Jabir bin Abdillah berkata, “Saya shalat zhuhur atau „ ashar bersama Rasulullah saw. Selesai salam beliau bersabda kepada kami, „ Tetaplah ditempat kalian!‟ Kemudian beliau bersabda lagi, „ Bejana yang berisi manisan.‟ Kemudian beliau membagikan manisan tersebut sesendok kepada setiap orang yang hadir. Ketika sampai kepadaku (saat itu aku masih anak-anak), beliau memberiku satu sendok kemudian berkata, „ Apakah kamu ingin tambah?‟ „Ya,‟ jawabku.Beliau menambah satu sendok dan berkata kembali,„ Apakah kamu ingin tambah?‟ „Ya,‟ jawabku. Beliau menambah satu sendok lagi dan itu terus dilakukan beliau hingga sampai pada sahabat yang terakhir.” (H.r.Ibnu Abid Dunya)
Walaupun situasi yang disebutkan dalam hadis di atas adalah berlainan dan bukannya berkenaan anak menangis, tapi melalui hadis ini kita dapat melihat betapa prihatinnya Rasulullah apabila baginda bertanya kepada si anak kecil. Baginda tidak mengarahkan begitu begini, sedangkan jika baginda ingin berbuat demikian pastinya boleh saja.
Tapi Rasulullah bertanya, apakah ia mahu tambah?
Seolahnya, betapa pentingnya untuk mengetahui apakah di pemikiran sang anak kecil. Mahukah lagi, atau sudah cukupkah atau bagaimana?
Bertanya, itulah kuncinya.
Allahuakbar, kalau Rasul seorang insan paling mulia saja bertanya kepada anak kecil, kenapa kita begitu ego mahu sentiasa menetapkan terus begitu begini terhadap anak-anak, tanpa bertanyakan apakah perasaan mereka, apakah yang mereka inginkan.
Inilah yang saya ingin kongsikan.
Bila anak menangis, bila anak merengek, bila nampak sesuatu yang tidak kena pada emosi anak, tanya mereka “what’s wrong, sayang?”
Bertanya bukan untuk memarahi atau supaya mereka berhenti menangis. Tetapi untuk memahami perasaan mereka.
“Kenapa sayang mama? Why are you crying?”
Tell me, I want to know what you feel, what you think.
Because it matters to me. Your feeling matters to me.
Dengarkan cerita mereka. Kerana itu adalah sebuah luahan hati. Dan saat kita bersedia mendengarnya, ia difahami oleh anak sebagai sebuah kasih sayang.
Apabila anak ingin meluahkan, bersyukurlah kerana dari situ kita akan lebih memahami anak dan mengetahui lebih banyak tentang mereka.
Dengarkan lalu katakan kepada mereka dengan penuh kasih sayang, “its okay sayang to feel that way. Don’t worry, you’ll be fine. Everything will be okay”
Saya mengaku, sebenarnya tidak mudah untuk melakukan semua ini apatah lagi sekiranya emosi diri sendiri dalam keadaan sekejap rasa ingin marah, sekejap badan terasa begitu penat.
Tapi inilah cara untuk kita menunjukkan kepada anak bahawa hatinya, apa yang dirasai oleh nya begitu penting bagi kita. Penting untuk kita mengetahui dan memahaminya kerana sebenarnya kita mahu menjaga hati tersebut dan itulah tanda kita amat menyayangi mereka.
Jaga hati anak-anak, bukan supaya mereka menjaga hati kita. Tetapi supaya mereka membesar menjadi manusia yang punya hati.
Lebih penting, kita ingin anak tahu, ‘that the world can be really tough on you, but you know what, don’t you ever worry sayang because you always have me’
You can always share with me whatever bothers you.
Pada akhirnya, semuanya ini akan mempengaruhi ‘belief system’ anak-anak kita. Dengan didikan kita yang mengambil tahu perasaan mereka, semoga mereka membesar dengan satu keyakinan bahawa apapun yang terjadi, mereka tetap akan ada insan-insan yang menyayangi mereka, menyokong mereka, bersedia untuk mendengar segala cerita mereka dan orang itu adalah kita, ibu ayah yang amat menyayangi mereka.
It’s all about love.
Besar ertinya, bukan?
Dan ia bermula dengan perkara kecil – bertanyakan anak. Tanya anak, apakah perasaan mereka?
What they have got to say?
What do they have in mind?
What do they feel?
Tanya dan dengarkan cerita mereka, lalu katakan “it’s okay sayang”
“You will be fine”
“Everything will be okay”
Itulah love parenting. Parenting that is full of love.
Lebih banyak tips tentang bagaimana untuk pasakkan love dalam hati anak, ada saya kongsikan secara mendalam dalam buku terbaru saya ‘Love Parenting’. Untuk bantu pembaca mengeratkan hubungan dengan anak supaya anak tahu yang kita amat menyayanginya walaupun ada masanya kita marah, bebel, busy. Agar apapun yang berlaku, kita dan mereka tetap bonding sampai bila-bila.
sumber : Dr Siti Ujila Official