Pernah tak alami masalah bubuk atau kutu beras? Nak buang rasa sayang dan pula kan, rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Jadi, kalau nak mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba.
Cukup mudah tak keluar belanja pun. Caranya guna oven je. Inilah tip yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun
6 bulan tinggal rumah…beras pun bubuk dah berkampung….sayang nak buang sebab elok lagi…
Cara saya tak jemur sebab saya malas kuar rumah 🤣 lagipun sekarang cuaca hujan kannnnnn..Panaskan oven sekejap,masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul2 panas semua beras tu..mati la bubuk sekali ulat2 dia…
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali…sekejap ja agak2 panas..jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak 😅😅
Tip check beras masih elok atau tidak:
Macam mana nak tau beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok…kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu…dalam dia ada ulat bubuk 😱😱
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club