Cara Mudah Benihkan Pokok Kunyit & Halia. Bungkus Dalam Tisu Lembap & Letak Hirisan Bawang Besar Cepatkan Bertunas!

Share

Banyak cara serta tip  yang dikongsikan bagi yang ingin tanam sayur-sayuran di rumah. Selain mudah hidup kaedah yang dipraktikkan ini juga tidak menggunakan banyak modal serta ruang yang luas.

Cara tanam kunyit.

Setelah menelaah beberapa article dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.

1. Beli kunyit hidup di kedai.

2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.

3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.

4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.

5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.

6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.

Daun kunyit dah mahal sekarang ni. So, boleh la try tanam sendiri. Mudah je kan.

Sumber: Rubi Hasman

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club