Pengambilan makanan yang terlampau di bulan Syawal ini buat kulit muka makin tak terjaga, berminyak dan makin ketara jerawatnya.
Kalau muka makin teruk ada baiknya anda kembali menjaga kulit wajah. Harus berikan lebih perhatian.
Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Ads
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Ads
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Ads
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar.
Perkongsian berita gembira itu dimuat naik pelantun lagu Menghitung Hari di akaun Instagram miliknya.
Gambar yang menunjukkan wajah comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ itu nyata meraih perhatian ramai.
‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta dilahirksn di Rumah Sakit Bunda Jakarta pada 22 Februari dengan berat 3.3kg. turut hadir memberi sokongan adalah ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Malah, Krisdayanti mengakui teruja dan tidak sabar untuk memegang status nenek ketika majlis sambutan kelahiran cucunya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang.
Manakala hasil perkongsian hidup kini bersama suaminya, Raul Limos,mereka dikurniakan dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja kan. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Nah, admin kongsikan resipi nasi ayam versi campak-campak je air tangan Superdaday yang hot dan terkenal Khairul Abdullah.
Untuk Ibu-ibu atau newbie yang baru belajar nak buat ansi ayam ini resipi yang cukup mudah. Pasti anak-anak suka dan ibu pun senang hati kan. Aku suka masak jenis sekali jalan atau “one pot meal” ni. Sekali masak tapi semua ada dalam tu, tak payah nak masak lauk dan sayur pulak. Jadi aku selalu lah main campak-campak. Tak perlu ikut resepi tapi ikut naluri sahaja. Untuk orang yang biasa masak atau mak-mak, campak-campak ni memang standard diorang lah. Tapi untuk nubis, nak juga kena tengok resepi kan? Nah aku share resepi campak-campak one pot meals aku tengah hari tadi.
Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Bahan-bahan untuk projek ini: 2 pot beras dibasuh dan ditoskan.
3-4 ketul ayam dibasuh dan ditoskan.
3 ulas bawang putih dipotong kecil.
2 ulas bawang merah nihiris nipis.*
1 inci halia dihiris nipis.*
1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang.*
1 tangkai daun kari kalau suka.* Tak suka tak apa aku tak marah.
1 helai daun pandan, tak ada pun tak apa.
1 ketul kiub pati ayam, kalau taknak pun tak apa.
5 sudu minyak masak.
1 biji kentang dipotong kecil.
1 batang carrot di potong kecil.
Dan sayur-sayur lain jika ada.
Garam secukup rasa. Cara melaksanakannya: 1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang sehingga naik bau. 2. Masukkan daun pandan jika ada dan kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau rata dan tutup api.
3. Pindahkan beras tadi separuh ke dalam periuk elektrik dan ratakan. Kemudian masukkan ayam, susun cantik-cantik dalam tu dan masukkan baki beras tadi.
4. Masukkan sayur, karot, brokoli, kentang, tomato atau apa sahaja di bahagian atas.
5. Bancuh kiub pati ayam tadi dengan air panas dan masukkan bersama 3 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Kalau tak guna kiub pati tu maka tambahlah garam.
6. Tekan on atau cook dan biarlah sampai dia masak. Jangan dok kacau dia okeh.
Siap dan hidangkan. Senang yakmat. Paling penting budak-budak suka. Cubalah.
Di kala ramai ibubapa menggunakan platform media sosial untuk memuatnaik gambar dan video anak-anak yang bijak, keletah, kreatif, inovatif, cergas, tangkas, kritis, dan positif, ada juga ibubapa yang memuatnaik gambar dan video yang membuka aib anak dan menjatuhkan maruah dan harga diri anak kononnya kerana hendak mendidik anak.
Seorang ibu dari Alaska yang dikenali sebagai ‘hot sauce mom’ telah dibawa ke muka pengadilan kerana telah memuat naik video dirinya yang sedang menuangkan sos pedas ke dalam mulut anak sebagai hukuman kepada anak yang berbohong kepadanya.
Dia juga memuat naik video menghukum anak dengan memaksa anak berdiri di bawah pancutan (shower) air sejuk. Tindakannya memalukan anak dengan mempertontonkannya kepada umum telah menerima kecaman yang hebat.
Adakah kaedah menghukum dan menyiarkan (punish and broadcast) ini efektif dalam mengubah tingkah laku anak?
Nor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy berkongsi pandangan mengenai isu ini.
MENGHUKUM ANAK ‘ONLINE’. Antara mendidik dan meraih populariti.
Apakah benar semua ini dilakukan atas nama disiplin dan kasih sayang ataupun adakah ia dilakukan kerana ayah atau ibu tersebut inginkan perhatian?
Fenomena ‘child shaming’ atau membuka aib anak ini ternyata semakin mendapat perhatian. Terdapat lebih 30 000 klip video yang memaparkan bagaimana kanak-kanak dimalukan di media sosial oleh ibubapa sendiri atas nama disiplin. Saya lihat ‘trend’ ini juga sudah menular di kalangan ibubapa di negara kita. ‘Trend’ baru ini hangat diperdebatkan kerana ia melibatkan jiwa anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan daripada orang dewasa terutamanya ibubapa.
Kesilapan, kenakalan dan kedegilan anak adalah aibnya. Tidak ada manusia yang waras mahu aibnya disebarkan. Cara untuk membimbing kesilapan anak bukanlah dengan mempertontonkan hukuman ke atas anak kepada orang ramai, sebaliknya dengan nasihatinya dan membimbingnya secara tertutup peringkat demi peringkat sehinggalah dia berupaya untuk memperbaiki dirinya.
‘Shaming’ meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak. Kaedah ini mungkin berkesan untuk jangkamasa yang pendek selama mana ibubapa masih ‘memegang kuasa’. Walau bagaimanapun luka yang dipendam anak boleh menghakis kepercayaan anak kepada ibubapa sedikit demi sedikit sehingga terhakisnya hormat.
Ibubapa adalah satu-satunya insan yang dipercayai anak sejak dia lahir. Walaupun satu dunia berpaling tadah, kita tahu ibubapa kita tetap akan mempercayai dan menyokong kita. Jika kepercayaan itu hilang dari dalam jiwa anak disebabkan sikap ibubapa yang gemar membuka aib anak untuk dipertontonkan kepada umum, bagaimanakah rasanya kepercayaan anak itu terhadap nilai dirinya sendiri?
‘Shaming’ bukannya kaedah yang kreatif untuk mendisiplinkan anak, sebaliknya ia merupakan satu kaedah yang destruktif. Anak yang merasa terhina akan memekakkan telinga kepada sebarang perubahan yang diharapkan.
‘Shaming’ menjadi kitaran penderaan (abusive cycle) yang akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terutamanya apabila ayah atau ibu yang memalukan anak itu berkata “ Abah lakukan (memalukan kamu) semua ini kerana sayangkan kamu.”
Hakikatnya, kasih sayang sebenar akan mendorong ibubapa untuk menutup dan menjaga aib dan harga diri anak-anak. Kasih sayang seharusnya menjadikan kita ibubapa yang melindungi anak, bukannya ibubapa yang memberi ruang kepada mereka yang tidak mengetahui duduk perkara sebenar untuk mengecam dan mengeji anak kita.
Walaupun mungkin kaedah membuka aib anak ini menjadi amalan sejak turun temurun tetapi media sosial memberi impak negatif yang lebih besar kepada anak kerana aibnya ditonton oleh ramai orang termasuk yang langsung tidak mengenali si anak.
Kesan memalukan anak di media sosial berbeza dari kesan menceritakan ‘kenakalan’ anak kepada Mak Piah atau Pak Usop sebelah rumah yang kita percayai untuk meminta nasihat. Penceritaan kepada Mak Piah dan Pak Usop mungkin mencapai capaian hingga tangga rumah sahaja tetapi capaian media sosial merentasi hingga hujung benua, dari kutub utara ke kutub selatan.
Di mana anak mahu meletakkan mukanya?
Anak kecil juga mempunyai maruah dan harga diri.
Kawan-kawan mengejek dan orang sekeliling memandang sinis kepadanya.
Aib ini akan timbul kembali dari masa ke semasa seumur hidup anak kerana ia sudahpun menjadi ‘digital footprint’ anak yang tidak akan boleh dipadamkan lagi.
Tidakkah kita kisah?
Kadang-kadang dalam kita beria-ia membuka aib anak, dalam kita teruja memperolehi banyak ‘like’ dan ‘share’ di media sosial, dalam kita berbangga kerana kita dianggap oleh segelintir pihak sebagai ibubapa yang berjaya mendidik anak kerana menghukum anak, kita tidak sedar yang kita sebenarnya membuka aib diri kita sendiri kepada mata dunia.
Jika ibubapa perlu bergantung kepada kaedah membuka aib anak di media sosial supaya diadili oleh orang asing, itu bermakna ibubapa itu sendiri tidak pandai menguruskan anak-anak dan keluarga hingga menyebabkan anak menjadi susah dikawal.
Kenapa harus dipertontonkan aib kita, anak-anak kita dan keluarga kita secara sukarela kepada orang ramai sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.