Cara Mudah Anak-Anak Buat Kerja Sekolah Waktu PKP Tanpa Berebut Handphone Dengan Mak Ayah. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan maka cikgu-cikgu akan menghantar segala kerja sekolah dan pembelajaran secara online.

Kelihatan banyak keluhan Ibubapa yang ramai anak-anak bersekolah kerana kerja sekolah dihantar melalui group whatsap kelas anak masing-masing. Padahal handphone mak ayah ada satu sahaja. Puan Azila Mohd Kasim kongsikan cara untuk ibu bapa praktikkan di rumah bersama anak-anak.

Saya kongsikan cara saya ini. Untuk memudahkan anak-anak membaca dan tidak berebut handphone dengan ibubapa.

Ikuti setiap peringkat seperti dalam gambar ini. Selamat mencuba.

Perlu diingat:

1. Setiap nombor handphone hanya untuk satu komputer atau laptop sahaja.

 

2. Kelebihannya adalah walaupun anda off handphone atau bawa handphone pergi keluar rumah untuk beli barang keperluan dapur, anak-anak masih boleh buat kerja sekolah tanpa gangguan.

Caranya seperti ini.

Buka laptop, tab atau computer. Google WhatsApp Web. Sudah jumpa Klik disitu dan buka.
Buka WhatsApp di smartphone anda. Klik pada 3 butang bertindih sebelah kanan atas seperti dalam gambar.
Klik pada WhatsApp Web.
Pergi semula pada laptop atau komputer. Scan Id yang terpapar pada komputer dengan menggunakan smartphone atau tab anda.
asilnya begini. Anda akan nampak mesej WhatsApp di paparan skrin komputer atau laptop. Lebih mudah dan jelas untuk anak-anak baca. Lagipun jenuh kalau hendak taip setiap link yang cikgu hantar dalam group whatsap seperti yang bertanda anak panah merah tu.
Diantara contoh aduan ibubapa yang anak-anak ramai bersekolah dan kerja sekolah dihantar melalui WhatsApp group kelas setiap ana

Kongsikan, semoga membantu. Kalau yang sudah tahu teknik ini anda beruntung.

Azila Mohd Kasim