Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan maka cikgu-cikgu akan menghantar segala kerja sekolah dan pembelajaran secara online.
Kelihatan banyak keluhan Ibubapa yang ramai anak-anak bersekolah kerana kerja sekolah dihantar melalui group whatsap kelas anak masing-masing. Padahal handphone mak ayah ada satu sahaja. Puan Azila Mohd Kasim kongsikan cara untuk ibu bapa praktikkan di rumah bersama anak-anak.
Saya kongsikan cara saya ini. Untuk memudahkan anak-anak membaca dan tidak berebut handphone dengan ibubapa.
Ikuti setiap peringkat seperti dalam gambar ini. Selamat mencuba.
Ads
Perlu diingat:
1. Setiap nombor handphone hanya untuk satu komputer atau laptop sahaja.
Ads
2. Kelebihannya adalah walaupun anda off handphone atau bawa handphone pergi keluar rumah untuk beli barang keperluan dapur, anak-anak masih boleh buat kerja sekolah tanpa gangguan.
Ads
Caranya seperti ini.
Buka laptop, tab atau computer. Google WhatsApp Web. Sudah jumpa Klik disitu dan buka.Buka WhatsApp di smartphone anda. Klik pada 3 butang bertindih sebelah kanan atas seperti dalam gambar.Klik pada WhatsApp Web.Pergi semula pada laptop atau komputer. Scan Id yang terpapar pada komputer dengan menggunakan smartphone atau tab anda.asilnya begini. Anda akan nampak mesej WhatsApp di paparan skrin komputer atau laptop. Lebih mudah dan jelas untuk anak-anak baca. Lagipun jenuh kalau hendak taip setiap link yang cikgu hantar dalam group whatsap seperti yang bertanda anak panah merah tu.Diantara contoh aduan ibubapa yang anak-anak ramai bersekolah dan kerja sekolah dihantar melalui WhatsApp group kelas setiap ana
Kongsikan, semoga membantu. Kalau yang sudah tahu teknik ini anda beruntung.
Azila Mohd Kasim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah mulut berbau perkara biasa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun dudah memberus gigi, namun tetap juga berlaku
Jom baca perkongsian tip dari Doktor ini bagi mengatasi masalah tersebut.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)
Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membina atau mengkhususkan ruangan sebuah bilik di dalam rumah menjadi mini surau, itu adalah suatu idea yang cukup hebat untuk dilaksanakan. Apa tidaknya, banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh seisi keluarga sebenarnya.
Hakikatnya, bukan hanya untuk tujuan memberi keselesaan saat menunaikan amalan solat di rumah. Malah melalui perkongsian daripada seorang ayah yang mempunyai dua orang cahayamata ini , diharapkan dapat menjentik hati untuk orang lain mengetahui kenapa perlunya ada mini surau di rumah untuk sebuah keluarga.
Jom semak perkongsian menarik ini.
Kenapa perlu ada perlu mini surau kat rumah?
1.Yang utama, tak nak gunakan toilet untuk tempat mengambil wuduk.
Asingkan, bilik air surau ini, gunakan hanya tempat ambil wuduk saja.
Bukan apa, tak nak anak anak kita yang tak ada alas kaki masuk ke toilet dan terpijak najis, dan menyebabkan kuman najis tu merebak satu rumah, hingga tempat kita bersolat.
2. Tempat ibadat kita satu keluarga. Kalau kita nak makan, anak anak kita akan ke dapur, nak tengok tv, samada kat ruang tamu atau bilik TV, tapi untuk beribadat, mesti ada tempat khusus untuk mengaji, dan bersolat. Kalau dapur kita boleh renovate mahal mahal, kenapa tidak boleh buat tempat beribadat?
3.Tempat untuk menghilangkan anak anak ketagihan media social samada ipad atau games. Letakkan buku buku, Lego yang menjana minda. Sebelum ni, saya bagi kebebasan untuk anak saya, Rayyan menonton youtube. Beliau sukakan video video sukan lasak dari barat. Kesan dari tersebut, bukan saja dia sendiri semakin lasak, dia terdedah dengan bahasa bahasa kotor dan siap menghafal satu persatu.
4. Untuk bersantai satu keluarga. Kalau orang lain kata, bilik TV tempat merapatkan keluarga, bagi saya salah. Keluarga modern sekarang, satu rumah, ada 3-4 biji tv .
Ada satu case, kawan saya bercerita yang beliau berpisah dengan isteri dia..terkejut juga, dia tu, dah lah kaki masjid, baik pulak tu. Bercerai ketika umur masuk 40 tahun, dah ada anak anak pula tu.
Then, beliau start bercerita. Salah satu factors yang besar, beliau tak rapat dengan anak anak sangat. Selalu kena outstation, dan isteri beliau juga sibuk dengan career.
Memanglah beliau selalu ke masjid, tapi beliau tak pernah bersolat atau mengaji bersama anak anaknya. Infact, tak pernah pun mengajar, dan serahkan tanggungjawab itu pada sekolah.
Dan kalau balik kerja awal pon, malam malam suka “bermamak” dengan kawan kawan.
Dah jadi satu budaya dari muda, keluar malam malam. Masa mereka berpisah, semua anak anak ikut isterinya. Isteri beliau juga ada business, juga seorang yang independent.
Pesan beliau kat saya, hargai family yang ada.