
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun, mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda.
Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita.
Ini cara yang dikongsikan oleh Jin Pekebun. Paling menarik tak perlukan kos mahal pun, hanya guna penapis dan bakul sahaja. Selamat mencuba.
Cara menanam kangkung air bertakung baja AB. Cepat, senang dan mudah. Dah tuai 2x, lepas tuai, bertumbuh lagi. Nak tambah 10 bakul lagi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Cara Mudah Masak Serawa Durian Yang Pekat & Berkrim

Isi Kandungan
ToggleBila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.
Serawa Durian
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
- Masukkan isi durian ke dalam periuk atau kuali bersama gula Melaka dan air.
- Masak di atas api perlahan sambil meleraikan isi durian daripada bijinya dan kacau sehingga gula Melaka larut dan sebati.
- Masukkan santan pekat dan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam.
- Biarkan mendidik seketika.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan serawa.
- Kacau lagi sehingga mendidih perlahan dan tutup api dan siap untuk dihidang.
Pulut
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Cara menyediakan:
- Rendam beras pulut dengan air yang diletakkan asam keping selama lima jam.
- Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang.
- Masukkan santan pekat dan air ke dalam beras pulut.
- Pastikan paras pulut sama dengan paras air.
- Taburkan sedikit garam dan gaulkan sebati.
- Kukus selama 20 minit. Bila sudah masak kacau rata seketika dan sambung kukus semula selama 10 minit.
- Angkat dan boleh dicetak menggunakan mangkuk kecil sebelum dihidangkan.
Sumber: Roslinda Abd Hamid
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
Ni Satu Lagi Menu Yang Kalau Dibuat, Satu Keluarga Confirm Suka!

Memancing selera keluarga kadang-kadang bukan suatu perkara yang mudah. Ini menjadikan ibu-ibu sering mencari idea dan mencuba resipi baharu yang istimewa. Pun begitu, sering juga terjadi kita tersilap mencuba menu yang baharu. Membayangkan akan digemari oleh seisi keluarga, namun tidak pula menepati ‘tekak’ anak-anak mahupun suami. Bila ini terjadi boleh kecewa juga rasa dihati.
Tapi lain halnya dengan menu yang satu ini. Ramai menggemarinya dan pastinya bila anda menghidangkan menu ini untuk famili, licin dijamah oleh suami dan anak-anak. Nak tahu menu apa itu?
Ya, Tahu Begedil, bukan sahaja sedap malah berkhasiat, kaya dengan sumber protein dan kalsium. Jom semak resipinya!
RESEPI TAHU BEGEDIL
BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
Kentang rebus- lenyekkan
Isi ayam rebus n racik2 (nak guna ayam kisar pon boleh)
Daun bawang
Bawang goreng
Lada merah
Garam sikit
Lada sulah sikit
(satukan dan gaul semua bahan di atas)
Tahu mee kari or tahu goreng tu pon boleh.. (gunting tahu hujung je n korek keluarkan is dalam dia)
Pastu Kepal2 begedil tadi n sumbat dalam tahu tu..
Celup telur n goreng dalam minyak yang betul-betul panas ok.
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
Cili api
Kicap
Bawang putih
Air masak
Gula
Garam sikit
(blander semua n masak sampai mendidih)
Selamat mencuba
Sumber : norain baharin khan via MAHN
“Luluhnya Perasaan Kami Semua Anak ‘Pergi’ Sekali Gus.” Percutian Berakhir Tragedi, Bapa 3 Beradik Mati Lemas Kongsi Kisah Sedih.

Tiada kata yang mampu diungkapkan buat keluarga ini bila anak yang disayangi hilang sekelip mata. Kepiluan dan luluh hati seorang ibu, sedih dan parah jiwa seorang bapa bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah kembali kepada Sang Pencipta.
Hari ini sepatutnya ketiga-tiga beradik ini melangkah kaki ke sekolah, namun kini mereka sedang bergembira di ‘sana’.

Luahan si ayah tatkala mayat anak ditemui semalam begitu memilukan. Manakala si ibu yang tidak berdaya beberapa kali pengsan selepas melihat wajah anak mereka.
“Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Itu luahan Zawawi Abd Wahad, 42, si ayah yang berdepan dengan insiden menyedihkan apabila ketiga-tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi Isnin di Pantai Sura Tengah di sini.
Menurut Zawawi, kali terakhir dia menatap wajah anak-anak kesayangan itu adalah pada pagi Ahad selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan.
Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.

Namun, dia kemudiannya menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.
“Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.
“Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus,” katanya dalam keadaan sugul.

Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.

Salam takziah buat Zawawi dan isterinya. Al-Fatihah buat ketiga-tiga kanak-kanak ini. Semoga ibu bapa arwah tabah menghadapi dugaan yang hebat ini.