Jika jemu masakan jenis santan atau sup, apa kata cuba masakan cara singgang. Biasanya singgang ikan, tapi kali ni apa kata cuba singgang ayam.
Cuba resipi perkongsian puan Wan Haslina Wan Ibrahim melalui laman Masak Apa Hari Ni. Resipinya Singgang ayam ala Thai telah mendapat share yang tinggi hingga cecah 2K. Boleh cuba. Rasa pun memang sedap!
Singgang ayam ala Thai…
Favourite suami… Klu dpt mkn lauk ni, mkn pon berselera.. Kdg2 tu, dia boleh mkn smpai 3~4 pinggan…
Knp mesti ckp ala Thai? Sbb erna dpt ni resepi ni dr mak mertua..mak mertua mmg org Thai…
Cara Masak Singgang Ayam Ala Thai
Ads
BAHAN-BAHAN
~Bwg putih
~Bwg merah
~Halia
~Lengkuas
~Kunyit hidup
~Serai
~Cili api
~Ayam
~Air
Ads
CARA BUAT MUDAH SAHAJA
Tumiskan semua bahan smpai naik bau, masukkan ayam, goreng skjp…
*Tambahkan air, buh garam & serbuk perasa..
*Didihkan smpai masak.
Ads
RUJUK GAMBAR
Dah siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lihat bentuknya seakan-akan cucur sayur, bahan yang digunakan pun kebanyakkanya sayur. Namun namanya cukup unik.
Buat ibu-ibu yang buntu nak menyediakan sarapan atau minum petang sekeluarga, apa kata cuba resipi Bakwan ini. Selain bahan yang cukup ringkas, cara menyediakannya pun mudah sangat.
Menyediakan menu asam pedas untuk keluarga perlu kesabaran ketika memasaknya.
Ini penting agar ramuan di tumis masak sempurna, pekat kuahnya dan berasa. Andai dibuat secara tergesa-gesa bimbang juga rasanya tidak sepertimana yang diharapkan.
Apatah lagi jika menyediakan asam pedas ayam, sebolehlah biarlah keenakan rasa asam pedas meresap hingga ke dalam isi ayam dan pastinya menambah keenakan rasa saat dijamah.
Bercerita tentang resipi Ayam Masak Asam Pedas ini, memang banyak resipinya. Lain orang lain caranya. Begitu juga dengan perkongsian daripada Har Ryea di page MAHN.
Boleh dicuba untuk dijadikan menu istimewa hari ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Jom semak apa ramuan yang digunakan olehnya.
Asam Pedas Ayam
Ayam (arini k.su masak 1/2 ekor jer)
Cili Kering-di rebus-dikisar
Bawang Besar 2 biji (sedang2)-dikisar
Bawang Putih 4 ulas-dikisar
Halia 1/2 ibu jari-dikisar
Kunyit hidup 1/2 ibu jari-dikisar
Lada Hitam 1 sudu besar-dikisar
Belacan-dikisar
Serai-di ketuk
Daun Kesum
Bunga Kantan (arini tak dapat bunga kantan)
Pes Asam Jawa (Adabi)
Garam & Ajinomoto
Cara memasak:
1. Panaskn minyak, masukkan serai yang dah di ketuk..biar sekejap..
2. Masukkan bahan-bahan yang dah dikisar….tumis sampai sedikit garing(naik minyak).. masukkan sedikit air dalam blender, kocak-kocak untuk tambah sebaaig kuah nanti..
3. Masukkan ayam pada rempah yang dah garing…curahkan air dair blender tadi..kacau rata..kuah agak-agak ikot banyak ayam…kalau yang suka cair, tambah jer air lagi..
4. Masukkan pes asam jawa kacau rata hingga kuah mendidih..
Selalunya bila waktu bekerja, mak-mak mesti tak sempat nak buatkan breakfast untuk orang dalam rumah kan? Paling pun kalau mampu, siapkan roti. Paling mudah, tapau je nasi lemak kat kedai. haha!
Haa dah alang-alang esok cuti ni, apa kata jom pikat selera keluarga dengan bihun goreng tomyam resipi dari Noorazila bt Yatim ni. Jom cuba!
BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahannya :-
Isi ayam potong kecil
Sos black pepper/tiram
Carrot didadukan
Daun limau purut
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis sikit
Kiub tomyam
Hotdog
Cili api sikit klu nak pedas
Cili boh/kisar
Bihun rendam semalaman
Cara-caranya :-
1. Blend bawang, ikan bilis dan cili api terlebih dahulu.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi hingga naik bau.
3. Masuk sos tiram/black pepper dan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan Kiub tomyam, ayam, sosej, carrot dan daun limau purut. Masukkan sedikit air kalau kering.
5. Bila ayam dah masak, last sekali baru masukkan bihun yang dah rendam semalaman tadi. Kacau hingga kering dan siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak beli oxygen absorber tanpa tahu fungsinya? Kisah yang dikongsikan oleh Saiful Azmi ini jadi peringatan buat kita semua—jangan percaya bulat-bulat cakap penjual...