Siakap Stim Limau antara salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat kerana menggunakan kaedah stim tanpa guna minyak pun.

Ibu-ibu yang nak cuba masak sendiri di rumah, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yg diperlukan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara kukus ikan:
Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai:
Cincang bawang putih secara kasar
Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
Kacau kuah sehingga sebati.
Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
Sedia dihidang.

*Nota: Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga gunakan kuali untuk mengukus.

CARA KUKUS GUNA KUALI
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak kukus guna kuali.

IKLAN

Ini saya kongsikan cara saya kukus guna kuali.

1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.

2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.

3. Lepas tu guna penutup yang muat dengan kuali tu.

Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.