Tercari-cari menu apa yang sesuai nak dihidangkan untuk keluarga. nak cuba tak buat sendiri Resipi Ketam Telur Masin. Ini Kalau berkunjung ke restoran Chinese Muslim, memang antara menu yang menjadi pilihan ramai.
Jom admin kongsikan resipi yang simple, cepat dan sedap.
Resepi Ketam Telur Masin
Teringin nak makan ketam, teringat menu ni. Kalau makan kat kedai dah kena berpuluh-puluh silap silap ratus pun boleh kalau dekat chinese muslim rest.
Bahan bahan
Telur masin direbus
Daun kari (maaf dah layu sikit )
Cili padi ikut kepedasan masing2
Cara-cara:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau xnak putih pun xpe)
Gaul ketam dengan tepung jagung
Dan goreng hingga masak.
Ok ketam dah siap digoreng.
Panaskan butter,masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
Masukkan telur masin sekali.
Masukkan ketam yang sudah digoreng.
Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.Ok siap! Makan dengan nasi panas
Sumber: viral muafakat johor
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club