
Bagi Ibu-ibu yang ingin belajar buat pulut kuning, di sini admin kongsikan resipi yang cukup mudah dari Nazra Queen. Selain tidak perlu direndam, kaedah ini juga mudah dan cepat. Hanya 30 minit dengan menggunakan rice cooker.
Hasilnya cukup memuaskan, sedap apabila dimakan bersama dengan rendang. Jom cuba ibu-ibu!
Cara membuat:
Basuh 300g beras pulut & tos air. Tak perlu rendam.
Masukkan :
1sudu kecik serbuk kunyit,
1/2 sudu kecik garam
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
Masuk air paras pulut. potong2 daun pandan & masukkan situ.
Masak guna rice cooker..mcm masak nasi tu. Lepas 10minit akan jadi macam ni.
kacau2 pulut tu
Curah santan daripada 1/2 biji kelapa sambil dikacau sebati.(anggaran 200ml – 250ml).
Agak2 nampak basah2 stop curah santan. Tak perlu habiskan santan. Biarkan 5 minit supaya pulut serap santan.
switch on rice cooker lg sekali. Tekan warm shj. Biarkan pulut masak & berkilat lbh kurang 10 minit camtu. Siappp…blh lah hidang dgn kari ayam atau sambal tumis.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Perginya Seorang Ayah, Atuk Dan Suami.” Jururawat Kongsi Detik Hari Terakhir Uruskan Pesakit Covid-19, Warga Luah Rasa Sebak.

Kes jangkitan Covid-19 setiap hari meningkat sehingga ke angka lebih 17 ribu kes sehingga hari ini.
Saban hari ada sahaja kematian yang dilaporkan yang melibatkan angka ratus orang. Pastinya membuat kita berduka. Bagi keluarga yang kehilangan orang tersayang pasti lebih terasa pedihnya.
Mengambarkan bahawa Covid 19 semakin ‘ mengganas’ meragut nyawa tanpa belas kesian, seorang jururawat telah berkongsi coretan duka mengenai seorang pesakit yang dirawatnya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Coretan seorang misi
Perginya seorang ayah ,atok dan suami buat keluarga ini. Pakcik yang tak pernah sekali pon susahkan misi2 yg jaga dia. Pampers bocor pon tak pernah panggil misi utk tukar
Misi yg kena selalu pantau.
Dari boleh buat sendiri sampai lah diberi pakai pampers
Bila tanya pak cik majid ok ke?selalu akan jawab “pakcik ok misi”tapi oxygen pakcik tak cukup ni dalam bdn.pakcik meniarap.”baik misi”
Sentiasa dengar ckp misi2
Sampai disaat akhir nyawa ye pon masih dengan jawapan yang sama “pakcik ok misi”tapi ayat akhirnya malam tadi “pakcik penat misi satu hari baring meniarap”
“Ok tak pe pakcik.pakcik baring mengiring je pakcik”walaupun masa tu oxygen pakcik drop and aku sebagai misi yg jaga tak sampai hati nak paksa jugak pakcik meniarap sebab aku faham penatnya baring meniarap.
Disaat pakcik masih bernyawa berkali kali aku datang kat katil pakcik tanya keadaan pakcik dan urut belakang kaki pakcik sebab pakcik kompln penat sakit badan.
Disaat akhir sebelum doffing ppe sempat aku berbakti kat pakcik yg aku anggap sebagai abah.
“Pakcik nak pakai stoken ke?”
“Nak misi”
“Sy pakaikan ye”
“Terima kasih misi susahkan misi”
“Tak pa pakcik.hari ni pakcik sakit.pakcik kena kuat lawan .banyak berdoa ye pak cik”
Dan aku tglkan pakcik semntara buat kerja lain .nampak pakcik bangun cuba utk tido duduk sambil kawal pernafasan pakcik.tak sangka masa tu pakcik betul2 bertarung lawan.pakcik sangat kuat sebab sekali lagi aku tanya “pakcik majid ok tak?” Dan sekali lagi “pakcik ok misi” “pakcik jgn tengok mesin tu pakcik bernafas je slow2”
And sampai lah oxygen pakcik drop sampai 44%
“Pakcik sy bagi ubat morphine utk tahan sakit pakcik ye”
“Baik misi”
Akhirnya 4.12pagi pakcik pergi tinggalkan kami.
Pergi lah pakcik ABD MAJID BIN HAMID .setelah sekian lama pakcik majid bertarung lawan virus COVID.
Kami sebagai misi pon tak sanggup tengok pakcik lawan virus walaupun pakcik sangat sangat kuat lawan
Al FATIHAH buat Pakcik majid.semoga pakcik majid berada dalam kalangan orang2 beriman.
SALAM TAKZIAH buat ahli keluarga Pakcik ABD MAJID BIN HAMID dari kami warga C17 HDW WARD.
P/s hampa share lah sampai posting ni dapat dibaca oleh anak2 pakcik majid dengan kuasa viral
Sumber: Noor Safinah Sha Sharif
“Rasa Sunyi, Rindu, Menyesal? Ya Pasti Ada…” Anak Umur 2 Bulan Isteri Meninggal, Lelaki Ni Titip Pesanan Buat Suami Isteri!

Bukan mudah untuk menghadam hakikat bahawa insan yang kita sayangi yang diharap dapat sehidup semati sehingga ke akhir hayat, namun akhirnya pergi buat selama-lamanya.
Belum puas berkasih sayang, berkongsi tanggungjawab sudah pun dijemput ilahi. Perkongsian saudara Faid Noorazmi cukup menyentuh hati. Tatkala usia perkahwinan baru setahun lebih, isteri kesayangan pergi tak kembali.
Kehilangan insan tersayang membuatkan dia hanya mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada satu-satunya buah hati dan cahaya mata yang ditinggalkan sang isteri buat tanda kasih antara mereka.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.
Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.
Dalam pada itu, saudara Faid turut menitipkan beberapa pesanan buat suami isteri dalam melayari alam rumahtangga bersama.
Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan 👇🏽
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak ditengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian 😭.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daridapa kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi 😊.
Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.
Aaminn ya Rabbal Alamin.
Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
“Usia Cecah Hingga Ratusan Tahun.” Pokok Keladi Bernilai Ratusan Ribu Sepokok Ini Tarik Perhatian Netizen.

Berita baik peminat pokok keladi! Harga keladi jenis Alocasia New Guinea Gold mampu mencecah RM100,000 hingga RM200,000 sepokok! Pokok keladi ini juga mendapat jolokan Keladi emas 916 ekoran hargnya yang mahal.
Peniaga Peniaga, Abdul Halim Yusuf, 35, ketika ditemui di Mini Fiesta Keladi Viral dan Flora di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu menjelaskan harga berkenaan berdasarkan kesenian yang ada pada keladi itu daripada segi bentuk ubi, lenggok dahan daun, warna yang lebih menyerlah, corak daun dan saiz keladi.
Pokok keladi ‘mewah’ ini dikatakan boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter dan ke atas sekiranya dijaga dengan baik.
Lebih menarik, usia pokok ini boleh mencecah 40 tahun hingga ratusan tahun selain mudah dijaga iaitu hanya perlukan siraman tiga ke empat hari sekali selain cuaca yang panas,
“Harga keladi Emas 916 ini sebenarnya tiada had, semakin besar keladi, harga semakin tinggi.
“Kenapa harga keladi ini mahal sebab apabila ubi keladi ini besar, dia boleh hasilkan anak-anak yang banyak, sehingga satu induk boleh hasilkan 2,000 anak pokok, jadi apabila dijual semula dapat pulangan pelaburan yang lumayan,”
Pendapatan lumayan
Siapa sangka pokok keladi bernilai tinggi ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Peniaga berkenaan memberitahu sejak hari pertama hingga hari ini, dia sudah menjana hampir RM30,000 jualan keladi termasuk jenis Emas 916, cat tumpah dan albino yang berharga RM3,000 hingga RM8,000 sepokok.
Sumber: Berita Harian
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club