Cara Masak Ayam Kam Heong Yang Mudah, Ringkas Tapi Sedap. Wanita Ni Kongsikan Ini Resipinya. Memang Padu!

Share

Ibu-ibu  dah fikir ke menu apa untuk berbuka petang nanti. Kalau masih belum dapat idea mungkin boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ini. Menu yang cukup popular kalau berkunjung ke Restoran Chinese Muslim dan sedap pula tu.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini. Pasti membuka selera seisi keluarga petang nanti.

Ayam masak Kam heong. Mudah dan sangat sedap. Tidak perlukan bahan yang banyak.


Cara dan bahan ada disetiap gambar. Selamat mencuba korang. Sedap dan sungguh menyelerakan. Tambah 3 kali tanpa belas kasihan.

Bahan-bahan:
Ayam
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
5 Tangkai daun kari
3 Biji cili padi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
2 sudu Serbuk kari
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
gula, garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak, Ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.

Pakai minyak goreng ayam tadi je. Jika banyak buang sikit, tumiskan bawang besar 2 biji, bawang putih 5 ulas, daun kari 5 tangkai, tumiskan semua bahan tu.

Dah agak masak bawang tu terus masukkan rempah ayam 2 sudu makan. Ibu pilih rempah kari adabi. Tumis sehingga pecah minyak.

Dah pecah minyak, ambil cili padi 3 biji belah 2. Nak pedas lagi letak lebih. Sukati kauorang ok!

Cili sos ibu tonggeng gitu je. Sukatan 2 sudu makan.

Sos tiram juga 2 sudu makan.

Kicap agak agak je. Tapi lebih tepat 1 sudu makan dah cukup. Kicap manis tau! Gaul rata. Api jangan kuat, api perlahan sahaja.

Last sekali masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata satukan mereka semua didalam satu team supaya mereka tidak lupa diri. Sungguh!

Rempah yang disalut segala rasa didalam masakan.

Siap.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber: Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)