“Cara Mak Nak Beli Barang Dapur Baru, Nice Idea.” Ini Reaksi Ayah Bila Anak Angkut Barang Dapur Lepas Nikah.Lucu!

Share

Apabila sudah bertemu jodoh, ada anak-anak yang lebih selesa untuk hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada keluarga.

Jadi, banyak benda perlu diuruskan termasuklah kelengkapan rumah Seperti pinggan mangkuk Dan sebagainya.

Kisah yang dikongsikan Di laman tiktok ini mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, si anak kelihatan mengambil sedikit perkakas dari rumah ibu dan bapa untuk dibawa pulang bersama.

Berdasarkan hantaran daddysyu di laman TikTok, anak perempuannya yang sudah bernikah ingin membawa pulang sedikit perkakas dapur untuk kegunaan dirinya dan suami.

Walaupun mendapat persetujuan ibunya, tetapi reaksi si ayah berbeza.

Selepas diperiksa, rupanya anak perempuannya mengambil sekotak yang mengandungi periuk serta pinggan mangkuk.

Sambil ketawa, anaknya mengatakan hanya sedikit sahaja yang diambil namun ayahnya  sempat berleter panjang dalam loghat utara sebelum menyuruh untuk menyimpan kembali barang-barang tersebut di dapur.

Dia punya sikit tak boleh bawa bincang…kut-kut ini cara mak nak beli barang dapur baru, nice idea.

Itu antara kata-kata warganet pada ruangan komen. Rata-rata mengakui terhibur melihat reaksi anak dan ayah ini.

@daddysyu umie dia offer..dia pun angkut🥶#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypppppppppppppp #fyp #fypppppppp #fyppp #@mummyikin ♬ original sound – Syuhizam Idris

“Abih 1 rumah aku hg angkut, baik aku yg menikah.” Niat tu dah ada, restunya bila?? 😂

Mak punya trick, bg kt ank nnt bleh mnta baru. Anak punya trick, xyah susah2 beli br 😂

pandai dia..umie dia bnyk pinggan mangkuk yg beli tp x pakai..slow je dia ngejas umie dia😂😂

😂🤣😂🤣😂🤣😂😅😅 kantoi.. anak bru nk rompak periuk .. sekali pak dia check satu2.. nah sebekas dia sapu..

Tu taktik mak nk beli hat lain abah nyer😂😂😂😂😂 “Nak hg amik byk mna pn xpa..sat g mak suh pak hnpa beli lain”😂😂

mak cari peluang nk beli yg baqu tu😆😆😆😆 mak saya awl kawin periuk besaq dia bg nuh usung dr Langkawi balik kl😆😆😆xambik takut kecik ati

aq xlarat gelak wei, `hbs satu rumah aq hang angkut’…`baek aq yg mnikah’😂😂😂😂😂😂😂

Sebijik mcm abah aku. ” amboih semua angkut pi rumah hg, dahtu rumah ni nak ada apa.. Pi simpan balik!” hahahahaha

Sumber: daddysyu


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club