
Lain orang lain cara dan petuanya, begitu juga untuk mengukus pulut.Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh norizbaked. Jom semak caranya.
”petua nk kukus pulut..mak saya yg ajar..kukus x perlu letak jaring..atau daun pandan..rendam pulut ..”noriz
Ini caranya
1. Panaskn air kukusan, biarkan mendidih.
2. Ambik kukus yg lubang2. letak sudu..letak pulut yg dah ditos kan tadi…alas la bawah kukus tu..nti pulut tu jatuh..jatuh atas alas tu luar kukus ..
3…dah ltk pulut..lubangkan..guna jari ke tangkai sudu ke..buat lubang..tujuan bgi wap naik utk memasak kn pulut..
4…letak kukus yg ltk pulut tadi atas air yg dah mendidih tadi..pulut akan terus mengeras x jatuh sbb kena wap panas..
5..keluar kan pulut gaul dgn santan..dan kukus semula. Pulut jatuh pun sikit je x sampai sesudu..cuba lah.
Sumber : Norezbaked Shah Alam
Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu, Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk!

Cili padi memang tak tahan lama. Mudah lembik dan sudahnya berbau busuk. Kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja, cili padi yang kita beli sudah tidak boleh digunakan lagi. Membazir pula rasanya jika tidak sempat di masak. Sudahnya dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada banyak cara untuk mengekalkan ketahanan cili padi ini. Namun perkongsian wanita cantik, Nurliana Liana di facebooknya dengan menggabungkan dua bahan ini, iaitu cili padi dan bawang putih, lain dari yang lain. Sungguh menakjubkan! Jadi kita kenalah cuba.
Menurutnya dengan melakukan petua ini, cili padi dapat bertahan lama sehingga tiga minggu. Malah masuk sahaja minggu ke3, cili masih segar lagi. Menarik bukan? Jom ikut petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Bawang putih
1. Buang tangkai cili padi.
2. Bersihkan cili padi dengan air bersih dan toskan hingga kering.
3. Masukkan ke dalam satu bekas dan alas dengan tisu.
4. Letakkan seulas bawang putih yang sudah siap di kupas pada bahagian tengah (seperti dalam gambar).
5. Simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Cara ini bukan hanya buat cili padi bertahan sampai 3 minggu malah tetap segar dan cantik. Masalah busuk dan lembik memang tak ada lagi. Empat langkah ini juga boleh anda cuba untuk pastikan cili padi kekal segar.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!.
“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Sejak filem Mat Kilau ditayangkan di pawagam, nama Mat Kilau menjadi carian popular di media sosial. Ramai yang teruja ingin menonton filem ini melihat perjuangan Mat Kilau semasa penjajahan British.
Terbaru, carian video mengenai Mat Kilau yang menjadi trending antaranya adalah Forum Melayu Islam Beraja (M.I.B) Siri 1 bertajuk, Mat Kilau: Antara Realiti Dan Fantasi.
POPULAR: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
BACA: Sakit Mental Memang Real! Cubaan Bunuh Diri, Lelaki Ini Dedah Jiwa Kacau Tapi Ini Buat Ubah Fikiran!
Lebih istimewa ia disampaikan oleh cucu kepada Mat Kilau, Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang juga merupakan Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang juga merupakan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau.
Panel lain turut hadir adalah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alaudin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang merupakan antara cucu Mat Kilau turut berkongsi beberapa gambar arwah semasa forum melayu berkenaan.
Ikuti lanjut video berkenaan: MAT KILAU: ANTARA REALITI DAN FANTASI.
“Ini keris Mat Kilau. Arwah Aki Kilau pesan, “Tak ada kuasa pada sebatang besi buruk. Keris ini adalah lambang perjuangan.”- Cikgu Hj. Mohd Al-Hamadi
ANTARA PESANAN MAT KILAU
Sumber: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Kalau Perlukan Kekuatan, Peluk Je Isteri.” Ajak Shiro Kongsi Tip Untuk Para Suami Praktikkan. Sweetnya!

Isi Kandungan
ToggleBerkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
View this post on InstagramA post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata mengakui itulah resipi rumah tangga bahagia.
adeq_eima Isteri pun sama…. Jika stress2 peluklah suami… Insha allah stress hilang…
juslinda81.jy sama ngan isteri jugak kalau nakkan kekuatan peluk la suami sekuat kuatnya.. ??
lisha.sara.18 Semoga terus bahagia & murah rezeki ajak & family. Bahagiakan wife mesti rezeki mencurah.
arezuha1402 assalam abg @ajakshiro, ni yg di katakan aura isteri…majunya sorg suami kerana adanya isteri dibelakangnya…suami isteri saling memerlukan…setiap ujian yg diturunkan الله adalah utk menaikkan darjat kita sebagai hambaNya…majulah shiro dlm MLM ??
nasribinabdulghani Best apa peluk isteri sndri…dpt pahala lg
norasniazizan Happyla bini2 sedunia klu semua asben mcm ni hehe
Sumber: IG ajakshiro