Tomato puree atau puri tomato adalah antara bahan masakan yang sering ada di rumah. Selalunya bahan masakan ini, kita beli je di kedai. Bagaimana pun, bagi yang suka kepada bahan masakan tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri di rumah.
Menerusi perkongsian seorang surirumahtangga, Puan Rita Nadz,ini boleh boleh dijadikan panduan untuk buat bahan masakan ini. Menurutnya, puri tomato ini boleh bertahan sehingga seminggu. Sesuai bagi yang suka buat pizza, spaghetti, lamb shank dan sebagainya. Memang rasa fresh!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Sebelum di kukus
Bahan-bahan:
12-15 tomato 2- 3 keping beet root * Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli.
Ads
Cara penyediaan:
Setelah dikukus 20-25 minit
Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root.
Kisar tak perlu tambah air
Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak).
Ads
Simpan dalam botol kaca Boleh tahan dalam 1 minggu camtu walaupun kita tak guna apa² pengawet. Nak terus minum pun boleh.
Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni.
Gambar hiasan.
Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa apa² je la yang kalian suka.
Menyediakan menu yang ringkas dan enak untuk keluarga tentu akan menjadi pilihan utama kita dalam menyediakan menu harian.
Umumnya, sama ada menu berasaskan ayam, ikan mahu pun daging, andai digoreng memang cukup cepat disediakan.
Pun begitu, dalam hal menggoreng daging kita sebenarnya perlu tahu cara memotong daging yang betul terlebih dahulu untuk pastikan daging yang dimasak tidak liat.
Nak tahu tipnya ayuh kita baca perkongsian daripada Nana Ismail. Menurutnya dengan tip yang diberikan bukan sahaja daging goreng lembut dimasak malah tidak kecut teksturnya.
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah)
Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.
Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi ayam antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Baik dimasak di rumah mahupun beli di luar, rasanya lebih kurang sama saja.
Kalau nakkan kelainan, apa kata ibu-ibu cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Emma Zakaria ini.
Selain simple dan mudah disediakan, Nasi Ayam Thai ini juga tak perlu digoreng. Sebaliknya ia cuma perlu direbus dan dihidang lembut begitu. Sosnya juga cukup special, ada rasa Thai yang tersendiri. Lagipun, sesekali tukar selera best juga kan?
Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Thai yang dikongsikan ini.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
8 ketul ayam peha (Mana-mana bahagian ayam pun boleh pakai. Saya pakai ayam peha sebab anak suka peha)
2 batang akar daun sup @ akar ketumbar (ikut suka)
1 inci halia (hiris)
1 inci lengkuas (optional)
1 biji bawang merah
Beras (ikut banyak mana yang nak makan)
Air (agak-agak boleh buat untuk masak nasi dan sup sekaligus)
Garam
1 Kiub ayam
Sedikit marjerin
CARA MASAK AYAM
1. Rebus akar daun sup, halia ,lengkuas dan bawang sampai mendidih.
2. Kemudian baru masukkan ayam sampai betul masak.
3. Bila ayam dah cukup masak, boleh asingkan ayamnya dalam sebuah bekas lain.
resepi nasi ayam thai
CARA MASAK NASI AYAM
1. Basuh beras ikut banyak mana nak masak.
2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, gunakan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Jangan lupa tinggalkan sedikit untuk buat sup nanti. (TIP: Paras air untuk nasi ayam kena lebihkan sedikit untuk dapatkan nasi yang lembut. Contohnya kalau nasi 2 pot, air 2 1/2 pot)
3. Letakkan sedikit marjerin (1 pot beras lebih kurang sesudu marjerin). Perasakan dengan garam secukup rasa.
Boleh tambah sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis. Menambah rasa sedap dan bau nasi pun sedap.
4. Masak nasi seperti biasa pakai dapur gas atau pakai rice cooker. Mana-mana pun boleh.
OK, ayam dan nasi dah settle. Sekarang kita buat kuah sup, kicap dan sosnya pula.
CARA BUAT SOSBahan-bahan
5 batang cili besar merah
4 batang cili api (kalau anak2 taknak pedas takyah letak cili api)
2 biji tomato
5 ulas bawang putih
3 sudu sos cili (nak lagi sedap guna sos cili Thai)
Gula (ikut manis)
Garam secubit
1/2 kiub ayam
Blender semua bahan di atas kemudian masak atas api sekejap sampai masak. Tabur sedikit daun sup.
CARA BUAT SUP
Ambil lebihan sup tadi cuma tambah garam atau perasa. Kalau nak lagi sedap dan wangi, perah limau sedikit letak dan taburkan daun sup/daun bawang.
CARA BUAT KUAH KICAP
Bahan-bahan
1/2 cawan air
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
Secubit kiub ayam.
Masak sekejap atas api, siap.
ULAM-ULAMAN
Ulaman ikut suka yang mana stok ada di rumah. Biasanya guna timun, salad, dan tomato. Hiris dan hidang bersama nasi dan kuah sup, kicap dan sos.
resepi nasi ayam thai
JIMAT MASA & TETAP SEDAP!
Wah, dah siap pun nasi ayam Thai kita. Mudah kan? Sekali jalan je semuanya.
Resepi ni sangat jimat masa sebab tak perlu perap ayam tak perlu goreng ayam. Sup pun tak perlu letak rempah. Walaupun simple, rasanya tetap sedap dan rasa ayam pun lebih fresh. Tak payah guna minyak, jadi memang sihat dan sesuai sangat bagi yang nak diet tu.
Bagi yang nak cuba sedikit kelainan, bolehlah save resepi nasi ayam Thai yang mudah dan lazat ini. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...