Kulit wajah yang mempunyai liang pori-pori terbuka akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kulit berminyak serta nampak tidak berseri.
Keadaan ini sering terjadi pada bahagian pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ini dan salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Bila ini terjadi pada kulit wajah, tentu sesiapa pun akan berasa tidak selesa dan ingin merawat kuliy wajah bagi mengembalikan keserian wajah.
Untuk itu, apa kata anda mencuba petua mengecilkan pori dengan amalan tradisi menggunakan hanya daripada 3 bahan. Jom semak!
MASKER KECILKAN PORI
Bahan :
pisang
yogurt
Madu asli
Langkah demi langkah :
1. Lenyek pisang bersama madu hingga lumat.
2. Masukkan yogurt dan gaul hingga rata.
3. Sedia untuk digunakan.
CARA PAKAI MASKER :
1. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
2.Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
EKSTRA INFO : Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Sumber : Mem Myrah
Ini Cara Paling Win Jika Ibu-Ibu Nak Kulit Cerah & Berseri. Serius Mudah dan Menjimatkan !
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
2. Kisar beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Risau Kepala Botak Akibat Rambut Gugur? Ni Senarai Makanan Yang Boleh Diambil Untuk Mengatasinya!
Rambut gugur boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Keturunan, perubahan hormon, keadaan perubatan atau masalah kesihatan turut boleh menjadi antara punca rambut gugur.
Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran.
Makanan Atasi Rambut Gugur
Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui jenis makanan atasi rambut gugur yang boleh anda amalkan:
1) Bayam
Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut.
Jadi ia adalah jenis makanan atasi rambut gugur yang terbaik untuk dicuba.
Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
2) Lobak dan Keledek
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
3) Telur dan Produk Tenusu
Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.
Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.
4) Oat
Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
5) Walnut
Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.
Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.
6) Lentil
Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.
Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.
7) Daging ayam
Jika anda pengemar makanan berasaskan ayam, ketahuilah ia juga antara jenis makanan atasi rambut gugur.
Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.
8) Strawberi
Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.
9) Yogurt
Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.
10) Makanan yang kaya dengan Vitamin-C
Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur.
Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah.
Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.
11) Salmon
Salmon mengandungi asid lemak omega-3 di mana disukai oleh folikel rambut anda. Pengambilan 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut anda dan membuatkannya bersinar.
12) Biji labu
Keguguran rambut mungkin disebabkan kulit kepala kering. Jadi, periksa kulit kepala anda untuk ketidakstabilannya.
½ cawan biji labu panggang sejuk akan menyelesaikan masalah anda dengan kekayaan zinknya.
Sumber : Hello Doktor
Wanita Ini Kongsi Petua Bibir Cantik Dan Tidak Merekah. Guna Kunyit Dan Madu Sahaja. Wow, Jom Cuba Petua Superb Ini!
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, cuba praktikkan petua ini. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari kerana bahannya mudah didapati dan yang penting selamat. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.
Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.
Bahan-bahan:
Kunyit
Madu
Cara-Caranya:
- Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
- Sapukan pada bibir
- Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir
Khasiat kunyit untuk bibir:
- kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
- kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
- kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
- membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
- mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
- melembabkan bibir
* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.
*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.