
Sekali sekala kita mengadakan majlis hari jadi, akikah atau kenduri kendara tentu pening kepala juga memikirkan ole-ole yang cantik, menarik dan dalam masa yang sama kos tidaklah pula terlalu tinggi untuk diberikan kepada tetamu.
Sebanarnya ada sahaja yang boleh anda berikan dengan cara anda buat sendiri seperti yang dikongsikan ini. Hanya dengan menggunakan cawan kertas, namun hasilnya memang nampak wow.
Nak tahu langkah demi langkahnya, ikuti perkongsian detail daripada Sayyidatina Syafiyah untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Cawan kertas-beli online di sini
Gunting-beli online di sini
Stapler
Sticker
Langkah 1 : Potong bahagian cincin cawan kertas.
Langkah 2:Bentukkan seperti di dalam gambar.
Langkah 3 : Kemaskan lipatan dan tekan bahagian hujung kiri dan kanan.
Langkah 4 : Buka semula lipatan dan masukkan gula-gula, coklat dan sebagainya.
Langkah 5 : Kemudian masukkan cincin cawan yang dipotong tadi dan letakkan secara menegak seperti di dalam gambar.
Langkah 6 : Kemudian tutup kembali lipatan. Tekan dan tahan.
Langkah 7 : Stapler bahagian hujung kiri dan kanan.
Langkah 8 : Akhir sekali lekat kad atau sticker mengikut kesesuian majlis.
Langkah 9 : Siap
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kulit Nanas Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja, Buah Lebat & Cantik

Kulit nanas biasanya kita buang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Sumber: Cikwan redzuan
Baca artikel berkaitan: Lepas Tuai Nanas, Jangan Terus Dicabut Pokoknya Tapi Buat Begini Untuk Dapatkan Anak Pokok Baru!
Dari Sebiji Nanas, Boleh Semai Jadi 4 Anak Benih. Begini Caranya!
Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!

Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)

Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Wallahu a’lam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
ARTIKEL MENARIK:“Personal Loan Ni Macam Virus..” – Pastikan Tahu Urus Duit Jika Tidak Boleh Muflis!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dulu Selalu Beli Dekat Supermarket…”-Wanita Ni Seronok Tuai Hasil, Tanam Keledek Jepun Di Laman Rumah Je!

Siapa kata jika ingin menanam ubi keledek Jepun kena ada ruang tanah yang lapang dan luas? Sebenarnya jika anda tinggal di kawasan perumahan pun anda boleh juga menanam keledek dan menikmati hasil tuaian yang memuaskan hati.
Ini seperti perkongsian daripada Puan Aqella Ayda yang berjaya menanam ubi keledek Jepun di laman rumahnya dengan hanya menggunakan polybag yang disusun rapi di tepi pagar rumahnya.
Bahkan apa yang lebih mengujakan di dalam perkongsiannya itu turut ditunjukkan ubi keledek yang telah dituai. Ianya begitu besar dan jelas nampak dilihat pokok yang ditanam begitu subur sekali!
Hal ini membuatkan warganet teruja untuk mengetahui rahsia penanaman keledek bahkan tidak dinafikan ianya nampak begitu bersih dan sekali gus menjadi sebahagian lanskap dekorasi di ruangan laman rumah yang dihuni.
“Seronok saya, dulu selalu beli dekat supermarket nak cuba buat benih tak jadi. Kalau jadi pun kecil-kecil dan tidak manis isinya. Kemudian saya beli dengan Encik Mohd Ijat, dia pembekal benih Jepun. Sampai sekarang saya tanam boleh makan satu famili,” ujarnya di awal bicara.
Tidak dengan itu dia turut berkongsi tips untuk pastikan pokok ubi keledek yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah yang mempunyai saiz yang besar malah pokoknya terlihat rapi di laman rumah.
Tip 1 : Saya tanam dari keratan yang menjalar
Tip 2 : Tanam dalam polybang boleh cari polybag yang besar. Tanam dalam 3 keratan paling maximum
Tip 3 : Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organic
Tip 4 : Tak perlu siram kerap. Agak panas betul-betul baru siram.
Tip 5 : Bila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut namun pastikan jangan sampai terlalu pendek. Selepas dipotong letak baja siraman.
Tip 6 : Pastikan angkat daun yang merayap itu letak dekat keliling pokok supaya dia tak jadi ‘gila’ daun.
Tip 7 : Apabila usia pokok ubi keledek Jepun 2 bulan, kita sudah boleh petik pucuk buat makan masak pucuk sementara menunggu matang.
Tip 8 : Tempuh tanaman telah matang dan boleh dituai hasilnya adalah setelah 3 bulan 15 hari.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club